Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Saturday, February 14, 2009

Quote This : "zaman dah berubah, dunia dah maju"

Alhamdulillah,

Semalam secara rasminya aku menjejakkan kaki di LCCT pada jam 11:20 waktu tempatan, terlalu gembira sebab rasanya dah lama tak balik kampung. Tersenyum sorang2, makcik sebelah pandang aku dgn wajah hairan (gila ke apa budak nie?).

Sampai dalam terminal, amik bagasi ucap selamat pada member2 yg menuju ke pangkuan keluarga masing2. Aku? balik JB saing Suriya. Sampai Pudu, lapar plak. Nampak McDonald, Alhamdulillah ada restoran Syukron "weih, jom pekena mamak!" suriya pun setuju. Gerak, makan.

Aku makan sambil memandang ke luar kaca restoran, nampak gelagat manusia bagaikan robot menuju ke destinasi masing2 dgn muka tanpa ekspressi. Ada sorang pakcik sarat muatan terkial-kial cuba mengangkat barangnya ke atas bibir jalanraya, ditengah kota, di tengah keramaian. Masyarakat seolah-olah buta (atau buat2 buta?), yang ada hanya mata menjeling dan hanya melintas pantas dgn pasangan masing2, taknak amik peduli. Ianya diperlakukan seperti melihat aksi di panggung wayang. Muncul simpati... hanya simpati... dapatkah ia membantu pakcik itu? Akhirnya ia berjaya mengangkut barangnya ke tempat pejalan kaki tanpa sempat aku menghabiskan hidangan.

Suriya dan aku naik bas ke JB. Astaghfirullah, aku terlupa harini hari juma'at. Takpa, aku kan sedang bermusaffir, niat solat buat jama' takhir. Amoi sebelah nampak pelik, entah kenapa. Akhirnya penantian berakhir, semua penumpang lega. bukan sebab dah sampai ke destinasi terakhir tapi sebab bas singgah ke perhentian Yong Peng. Maka berduyun2 manusia yg turun sebab tak tahan nak ke tandas, ada yg nak makan. Aku pun lepaskan hajat gak (tandas, solat, makan).

Lepas tu dah bosan aku nak taip, korang pun mesti dah bosan nak baca lagi. Tapi apa kesimpulan yg aku leh buat utk hari tersebut adalah:

1) Malaysia, sebuah negara yg sedang sibuk membangun dari segi infrastruktur. Tapi ironinya, aku tak nampak kat bahagian mana "pembangunan modal insan" seperti yg pernah diuar-uarkan oleh pemimpin kita. Nampak beza dengan di Kota Padang, Indonesia. Infrastruktur memang tak lah maju sangat (cepat bosan), tapi masyarakatnya mudah senyum. (walaupun mgkn dibuat2, tapi at least mereka cuba utk tersenyum.)

2) Makanan kat Malaysia memang banyak pilihan. :)

3) Aku pulang hanya untuk mengambil motivasi yang hilang (ni cerita bosan)...

Monday, December 29, 2008

Pre-memory...

Bismillahirrahmanirrahim...

"Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri"

Hmm... Sedar ataupun tidak, masa telah lama meninggalkan kita. Tak kira samada kita memanfaatkan ataupun tidak, waktu terus berlalu dan takkan kembali lagi. Setahun sudah berlalu, pasti ada perubahan yang berlaku... Teringat pula ketika kali pertama aku menjejakkan kaki ke Bumi Minang bersama student-student lain yang belum dikenali. Dan kami mengejar misi yang sama walaupun hakikatnya masing-masing mempunyai visi yang berbeza. Walaupun aku sedar, sebenarnya aku tidak layak berada di sini tetapi aku pasti ada sebab kenapa aku masih lagi disini...

Aku masih ingat lagi bagaimana aku di'cop' sebagai 'pelik' oleh sebahagian lapisan masyarakat (sampai sekarang). Ah, tak kisahlah.Sekurang-kurangnya aku lain daripada yang lain dari satu sisi lain (bukan istimewa, tapi pelik). Aku tak pasti apa yg pelik pada diri aku ni. (kena muhasabah balik ni...)

ruang tamu mini tempat yg kami slalu b'kumpul

Ada satu malam tu ketika kami menonton tv, kumar (kawan serumah) bertanyakan soalan cepu emas kepada aku. "Aziz, saya nak tanya awak sikit boleh tak?". Aku hanya mengangguk kecil kerana mataku masih terpaku pada kaca tv; cuba memahami lawak 'Extravaganza'. "Kenapa awak tak banyak bercakap dengan perempuan?
Awak allergy perempuan ya?" (soalan yang disertakan dengan andaian). "Huh?!" Soalan tersebut sedikit sebanyak mengganggu tumpuan aku terhadap rancangan 'Extravaganza' di tv. Namun aku tidak begitu hairan ketika dia menanyakan soalan sebegitu, kerana hakikatnya aku memang kurang bercakap dengan perempuan (pada waktu itu).

"Takde lah, kumar... Saya tak ada apa yang nak dicakapkan, kalau ada yang saya nak cakap, saya cakaplah..." Aku masih melarikan mata ke kaca tv, cuba berpura-pura tidak terganggu dengan soalan tersebut. "Awak ni pelik lah, Aziz!"
Hmm... mungkin ada benarnya juga kata Kumar sebab aku jarang nak approach orang lain, hanya menunggu orang lain mula perkenalkan diri barulah aku menyusul. Tapi sampai bila? Boleh ke cara ini membentuk karekter aku yg berani? Apatah lagi depan khalayak ramai (agoraphobia). Walau bagaimanapun Kumar bukanlah orang pertama yang menggelar aku 'pelik'...

Ada ketika kami ke Bungus, piknik mandi laut dan air terjun untuk merapatkan hubungan antara batch kami. Sedang aku berehat dibawah pohon, datang seorang 'kawan' yang kenal aku hanya pada nama. Dia bermain dengan riang tanpa menyedari aku ada dibawah pohon tu. (kadang-kadang rasa best juga bila jadi stealth ni). Bila dia baru sedar aku ada kat situ, dia agak terkejut lantas berkata "Eh, engkau rupanya... budak pelik... aku ingatkan siapa..." "Ceh, kau tak pernah cakap dengan aku tetiba panggil aku pelik?" gumamku dalam hati. Mungkin dia terlepas cakap, terlajak perahu boleh diundur, tapi kalau terlajak kata? mujurlah aku makhluk, boleh ditafsir ikut suka hati kau...


Bak kata amir, first impression tu penting. Yup, penting utk kita mengingat semula saat pertama kali kita mengenal seseorang. Tapi bukan utk melabel/meng-kategori-kan seseorang itu sebagai "begitu dan begini". Masih terlalu awal utk menilai. Kenali dari hati budi, bukan dari luaran. Seseorang takkan pernah cuba untuk memahami sifat sebenar orang lain jika menganggap sikap orang lain itu statik/sama selamanya. Tapi, sayangnya zaman dah berubah dunia dah maju, amir nak jaga badan.


"bila berjalan mestilah melangkah kehadapan, bukannya ke belakang. kita hanya akan memandang ke belakang sebentar hanya utk melihat sejauh mana kita telah pergi"

Tuesday, December 09, 2008

Kuatkah Anda?

(story by: Aez)

Ketika waktu pelajaran “Chemistry” di kelas, banyak yg diantaranya yg secara genetiknya bijak-bijak belaka. Namun dicelah-celah insan tersebut, terselit seorang rakan yg ‘bodoh’ secara kasarnya. Setiap kali guru atau rakan-rakan cuba menerangkan, akan ditanya kembali oleh ‘si pelajar’ “Kenapa mesti macam tu? Kalau camni tak boleh ke?” Apakah sikap kita? Selalunya kita akan bermonolog, “Eh mamat ni dah la bodoh, suka hati dia je buat cara sendiri, salah plak tu!” Dari tingkatan 4 sampai tingkatan 5, nilai ujiannya tak pernah lulus. Paling-paling dapat “bonus mark” pun tetap dibawah 40 markah. Paling tinggi nilai ujian chemistry yg pernah dia dapat pun 39. Ibu dan bapanya pula sentiasa memberikan galakan dari belakang.
Sampai la keputusan SPM diumumkan, insan-insan yg lain hampir semua dapat nilai “A” dalam chemistry. Alhamdulillah, keputasan aku sangat baik. Tiba gilirannya, cuba teka apa yg terjadi?? Ya, dengan memang disangka-sangka dia gagal dalam
“chemistry”. Keajaban tak berlaku disini. Tiba di zaman perkuliahan, ramai student yg hebat-hebat mengambil bidang farmasi mulai ‘gugur’ dan terpaksa tukar course lain. Bukan kerana penyakit bodoh, tapi lebih teruk dari bodoh yg digelar ‘MALAS’.
Tup-tap! Masa 15 tahun berlalu, aku terserempak dengan budak ni ketika
‘shopping’ kat Jusco Tmn U. Ya, aku masih kenal wajahnya sebab bagi aku sifat dia ni ganjil sikit, Aku tanye dia buat apa skarang? Dia kata kerja kat ‘Guardian Pharmacy’. Aku pun rasa nak tergelak, tapi aku tak pendamkan. Gelak jugak dalam hati. Mana tak nya, dari dulu budak ni bercita-cita nak jadi ‘pharmacist’, tapi sampai SPM pun ‘chemistry’ tak lulus. Pastu aku tanye dia, “ko tak kerja ke hari ni?”. Dia kata ‘shift’ petang’. Syaitan lalu memancing aku supaya mengucapkan, “hek eleh, alasan! Cakap jela ko keje mop lantai, kan senang! Nak menipu plak!”. Lalu aku pun beredar kerana muak mendengar cita-cita tak kesampaian rakan aku yg sorang ni.
Nak dijadikan cerita, esoknya aku pergi la
‘Guardian Pharmacy’ kerana diburu sifat ‘curious’ dan ‘buruk sangka’ yg membuak-buak. Eh, rupa-rupanya dia tak bohong. Yela, masa kat sekolah dulu pun dia jarang menipu. Kalo tak, dah lama dia lulus ‘chemistry’. Belum sempat aku bagi salam, dia dah tegur aku dulu. Jadi, aku berbual-bual la dengan dia sambil membelek-belek barang (taktik tak nak beli..)
So, aku tanya macam mana dia belajar padahal ‘bengap kamain’ dulu. Dia cakap, dia
‘re-seat’ exam kat sekolah lain utk mengelakkan semangatnya jatuh gara-gara diketawakan rakan-rakan (aku rase macam aku je tu). dan tak luput berdoa kepada Allah semoga dia berjaya suatu hari nanti. Selepas itu, Alhamdulillah rezeki pelajarannya bertambah sedikit-demi sedikit. Kemudian aku tanya dia kerja dibahagian mana? Belum sempat dia jawab, entah ada sorang kawan sekerja dia tanya “Bos, ubat jenis expectorant dan decongestant ni nak letak kat bahagian mana?”. Dengan selamba badak dia cakap (macam bagi arahan je..), “letak kat bahagian rak kanan depan, tingkat 2, sebelah ‘Appleton’, haa, kat situ”. Lalu dia tanya balik, “eh sori ziz, apa yg kau tanya tadi?” Peh, terbakar telinga aku mendengarkan nada soalan dia, padahal dia memang bernada sedemikian. Tapi, untuk pertama kalinya aku cuba bersangka baik. Mungkin dia betul-betul lebih terfokus pada pertanyaan pekerjanya tadi memandangkan pekerja tadi bertanya dengan separuh menjerit. Aku terbungkam disitu. Hai, aziz… aziz…
Pastu aku terus minta izin keluar atas alasan ada hal lain yg nak diurus. Masa tu juga aku ‘terduduk’ di kerusi panjang diluar ‘Guardian Pharmacy’ sambil menghadap farmasi tersebut. Aku beristighfar sebanyak mungkin sambil mengurut mukaku yg merah dan panas . Entah kenapa panas? mungkin kerana malu dengan sikapnya? mungkin malu dangan sikapku yg salah selama ini? merasa diri ini lebih hebat darinya lain hanya kerana kejayaan masa lalu dan melecehkan cita-cita orang lain atau mungkin berasa cemburu dengan pencapaiannya? atau paling tak mungkin, aku alergi dengan penghawa dingin…
Cuba kita fikirkan, berapa kali kita sering memandang rendah kepada rakan-rakan yg kemampuannya terbatas dan tidak setaraf dengan kemampuan kita padahal semuanya itu nikmat Tuhan yg dipinjamkan kepada kita dan bila-bila masa akan dicabut. Bayangkan jika rakan aku yg bengap tadi terus
‘give-up’? Peh, bodoh sepanjang masa tu… Paling sadis, alangkah sampahnya aku yg meremehkan cita-cita orang lain hanya kerana SPM power.

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Allah) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

Orang yang kuat itu bukanlah orang yang tak pernah kalah, tapi orang yang tak pernah berhenti menyerah kalah dan terus bangkit dari tempat kejatuhannya demi mengejar cita-citanya... So, what's mine?? When we will rising our ummah from this darkness?? The poison is injected, the lion is asleep...