Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tuesday, November 09, 2010

Erti Sebuah Cahaya



"cahaya akan lebih indah manakala sekitarnya semakin gelap"

tak perlu seperti terikan mentari yg menyilaukan mata. tak perlu seperti bintang yg indah namun terlalu jauh utk digapai. tak perlu seperti bulan yg menghilang dikala gerhana.

cukuplah seperti kunang-kunang. walaupun kecil dan tak mampu menunjukkan jalan, namun tetap setia menemani saat kehilangan arah di tengah hutan yg gelita. menunggu fajar yg pasti kan terbit.

moral: pergilah kpd mereka yg memerlukan dan tahu menghargai...

Wednesday, September 22, 2010

Ada apa dengan Preskripsi?

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya percaya kita semua pernah pergi ke klinik, bukan? Biasanya selepas diperiksa, dokter akan memberi preskripsi. Kemudian kita ke kaunter farmasi untuk menebus ubat. Cuba bayangkan, sebaik saja seseorang itu dapat preskripsi dari dokter, beliau keluar dari ruang pemeriksaan dan terus berteriak dengan bahagia, “Yeah, aku dah dapat ubat! Aku sihat!” Kemudian preskripsi itu ditayangkan kepada pesakit-pesakit lain. Agak-agaknya, apa tanggapan mereka terhadap beliau?

Al Quran, rahmat seluruh alam.

Saya yakin jika anda melihat situasi tersebut, fikiran pertama yang terlintas adalah mempersoalkan kewarasannya. Mungkin beliau telah memenuhi syarat & kelayakan rehabilitasi di Hospital Mental / Rumah Sakit Jiwa. Masakan tidak, ubat pun belum punya tapi hanya sebatas “PRE-SKRIPSI”. Hanya sedikit usaha lagi untuk mencapai kesembuhan, namun oleh kerana sifat mudah berasa puas hati, bukan hanya si fulan tersebut, kadang2 kita sendiri pun selalu berhenti ditengah jalan.
(يَاأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ)
"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Al Quran, 10:57)

Dan perlu diingat, bila mencapai remisi tidak berarti kita sembuh total. Kita perlukan rawatan susulan walaupun rasa mcm dah sihat. Kadang2 penyakit masih ada dlm keadaan dormant / tersembunyi, menunggu masa yg sesuai utk menyerang kembali tubuh setelah resistance terhadap ubat. Nah, apabila kita tidak teruskan rawatan lambat laun akan terjadi kekambuhan. Akhirnya penyakit bertambah parah dan menjadi krisis kronik.

Nah, begitulah juga dengan Al Quran. Saya percaya kita memilikinya (walaupun msh ada belum khatam? :p ). Baiklah, sekarang kita anggap Al Quran itu sebagai “preskripsi”, lalu apa harus ditebus untuk menjadi ubatnya? Ya, melalui pemahaman bacaan ayat suci Al Quran, tafsir dan terjemahannya. Lagi dan lagi. Ubat paling mujarab untuk segala jenis penyakit hati. Sebagaimana kita makan melalui mulut & mencerna dgn perut, ubat yg satu ini diberikan secara per-hepatica. Hanya perlu membuka mata hati dan mencerna dengan akal, bukan perut.

p/s: sementara tarbiah ramadhan masih membara, jgn biarkan ia terpadam!

Thursday, July 01, 2010

Zeit

"Tik! Tok... Tik! Tok..." waktu terus berlalu saat saya menulis / anda membaca artikel ini. Sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan, setahun, mahupun sedekad... Dalam sedar ataupun tidak, usia kita semakin bertambah, tapi apakah hanya usia yg bertambah?

Saya pernah tertanya, "Kenapa Allah ciptakan alam semesta ini pada 6 hari? Kenapa bukan 1 jam, 1 hari atau sekelip mata?" Kemudian saya membelek buku rujukan / petunjuk, saya jumpa. Tak jauh pun.
"Allah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya dalam enam masa (hari), kemudian Dia bersemayam di atas Arasy. Bagimu tidak ada penolong selain Dia. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?” Dia mengatur segala urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu.” “Yang demikian itu ialah Tuhan Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.” - (Al Quran, Surah As Sajdah: 4-6)
Nampak tak? Sebenarnya boleh saja Allah ciptakan alam semesta ini dengan keadaan "tanpa masa" sekiranya Allah mahu. Sebabnya "masa/waktu" itu sendiri dalam ciptaan-Nya, dan "waktu" itu dalam genggaman-Nya. Meskipun begitu, Allah sengaja menciptakan alam semesta ini dalam keadaan "ber-masa" untuk menguji iman hamba2-Nya.

jam gadang, bukittinggi. -pic by (kirunathira of deviantart)

Kadang2 kita mencela masa tanpa kita sedar. "Ah, andai saja waktu itu... (merujuk kepada penyesalan atas perkara yg dah berlalu)" Sedangkan mr. Time tidak bersalah, dia bergerak atas perintah Allah. Dan ada pepatah arab mengatakan:
"Waktu itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya (memanfaatkannya) maka ia akan memotong kamu." (bertapa tajamnya waktu~)

Cuba bayangkan seandainya Allah tidak menciptakan masa. Tanpa matahari, apa itu "siang & malam"? Tiada istilah "semalam, esok, bila, kapan, sebentar, nanti, dsb". Hidup manusia akan jadi porak-peranda! Hanya Allah sajalah yang mengetahui rahsia makhluk2-Nya. Maka bersyukurlah kerana kita diberikan "WAKTU"!

Saturday, April 10, 2010

Pergi...

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita seringkali menganggap bahawa kematian adalah perkara "taboo" utk dibicarakan dan sebolehnya mengelak dari membicarakannya. Hakikatnya, kematian adalah satu kepastian bagi setiap makhluk dan kita tidak dpt menolak bahawa suatu hari nanti kita juga akan mati.
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan
keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada
Kamilah kamu dikembalikan." (Al-Qur'an, 21:35)
Jadi, relevankah kita takut pada kematian? Atau sebenarnya kita "takut" meninggalkan harta dan kerabat2 kita? Tanyalah apa yg dlm diri kita...

Sebagai insan biasa, tak salah utk bersedih dan berdukacita atas kehilangan org tersayang asalkan tidak berlebihan. Kadang-kadang perasaan marah juga berbaur dgn kesedihan. Ini menunjukkan yg kita peduli terhadap diri mereka. Tetapi jika kita bersabar, tabah serta redha dgn ketentuan-Nya, maka SubhanAllah, luar biaza!

Jika menangis air mata darah sekalipun, ia takkan mengubah kenyataan bahawa si fulan telah meninggal. Hidup perlu diteruskan, sampai bila hendak bersedih? Yang pergi takkan kembali lagi. Bukan kita seorang saja yg merasa kehilangan. Sebaliknya, jika kita sayangkan dia, maka doakanlah keampunan dan kesejahteraan mereka di akhirat sana.

Justeru, marilah kita merenung sejenak dan mengintrospeksi diri. Dari mana kita datang dan ke mana kita arah kita tuju sekarang? Kerana menurut hadith yg diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Anas RA, bahawa Rasulullah bersabda:
Sering-seringlah mengingat kematian, karena sesungguhnya hal itu bisa membersihkan dosa-dosa, dan dapat membuat bersikap zuhud terhadap dunia

إنا لله وإنا إليه راجعون

Baru2 ini, datuk saya,
Allahyarham Haji Ani bin Haji Dan
Yang telah dijemput Ilahi pada 10 April 2010 bersamaan 25 Rabi'ul Akhir 1431
Disahkan meninggal dunia pada jam 5:00 di Hospital Sultan Ismail

Sewaktu hayatnya setiap kali saya menziarahi Allahyarham di kampung, Allahyarham akan berpesan supaya sentiasa mengamalkan Asma' Ul Husna (InsyaAllah). Juga, disebalik wajahnya yg serius, beliau suka berjenaka.

Al-Fatihah...

Saturday, December 12, 2009

Khutbah Wida’

KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.W

DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH

DI LEMBAH URANAH, BUKIT ‘ARAFAH

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan!

Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.....

Saturday, March 21, 2009

Kritikan utk kawan

"Ukhuwwah bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya"
- Iman Ghazali
.
Tak jarang kita tengok orang yg berlaku hipokrit terhadap member sendiri. Mungkin mereka beralasan, "Aku tak nak dia kecik ati dengan aku". Tapi tahu tak, justeru sikap hipokrit itulah yang membuat jiwa rakan kita rapuh, tidak boleh menerima kritikan, dan seterusnya berjiwa kecil.

Mengikut pengalaman aku dlm berkawan (wlaupn aku x ramai kawan), bkn camtu cara nak jaga hati kawan. Kalau sayang kawan, wajib bagi nasihat dari terus melihat dia buat terus kesalahan tu. Dia nak berubah atau tak, terpulang pada indvidu tersebut. Tugas kita sebagai kawan adalah utk bagi nasihat je. Agak2 dia dah x bleh terima nasihat & hati dia keras cam batu, maka doa je la kepada Allah, semoga dia diberikan hidayah utk berubah. Itu je yg kita termampu.
"Kebenaran itu umpama ubat... Pahit! Namun harus tetap ditelan."
Jujurlah pada diri sendiri dan orang lain. Jangan gunakan hipokrit walaupun ia berkesan dlm menangani situasi, kerana hipokrit adalah solusi bersifat sementara dan rapuh. Dan sekiranya ia di konsumsi dlm frekuensi tinggi, ia akan berakumulasi dlm jiwa seterusnya akan meracuni fikiran kita. (ceh, mcm btol je teori aku ni!)

Kadang-kala, kebenaran itu sulit dan sakit utk diterima. Tapi, pengalaman dari kesakitan tersebutlah akan membina kekuatan dalam diri kita supaya tabah menghadapi kenyataan dan kritikan. Ia akan mengambil masa utk memulihkan semangat kita. Jadikan bekas luka dan parut sebagai bukti ketahanan kita menghadapi kesakitan. Jangan biarkan ia menjadi "parut si pengecut".
"Hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah... (bleh sambung lagu ni)"
: Hijaz - Lukisan Alam.
Ayuh kita membina ketahanan mental kita di Pusat Pembinaan Mental Karate - Kyokushinkai Karate Do! (Ini iklan!)

p/s : Kata2 yg tajam utk diri sendiri... (ayat skema x?)

Tuesday, March 03, 2009

Hororscoph

Salam 'alayk,

Saya agak tertarik dgn tajuk ni sebab saya suka lihat keindahan bintang terang dimalam hari. Sebagaimana indahnya perspektif kita melihat apa2 yg kita sukai. Tapi memandangkan ada dikalangan rakan taulan yang suka mempamerkan bintang horoskop di "page" mereka, ini membuatkan saya gelisah. Yelah, memang susah nak elak dari sekadar melihat jadi "eh, yeke?" (timbul pesoalan, ragu2. dahh.. terpancing)

Apatah lagi yg memang berniat utk mempercayainya. A'udzubillahi min dzalik! Menunjukkan rendahnya sikap tawakkal pada takdir Allah.

Oleh kerana Horoskop menyamai (Qias) Dukun modern, maka dalil dibawah boleh digunakan.
Firman Allah:

إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاء الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ وَحِفْظاً مِّن كُلِّ شَيْطَانٍ مَّارِدٍ لَا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَى وَيُقْذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٍ دُحُوراً وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ إِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ

maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat (langit dunia) dengan hiasan, yaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka, syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk mengusir mereka dan bagi mereka siksaan yang kekal, akan tetapi barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh (syihab) suluh api yang cemerlang.
(QS Ash Shaffat: 6-10)


Fungsi Bintang:

Qatadah berkata, "Bintang-bintang diciptakan untuk 3 perkara; sebagai hiasan langit, alat pelempar syaithan-syaithan, dan penunjuk arah. Barangsiapa yang menafsirkan keberadaan bintang-bintang itu untuk selain dari 3 perkara tersebut maka dia telah salah dan menyia-nyiakan amalnya serta memberat-beratkan dirinya dengan sesuatu yang tidak ia ketahui.
(HR. Al Bukhori)

Dalam ayat yg lain, Jin-jin itu berkata sebagaimana diceritakan Allah:

وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاء فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَساً شَدِيداً وَشُهُباً وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَن يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَاباً رَّصَداً

maksudnya : Dan sesungguhnya kami telah mencoba mengetahui (rahasia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).
(Al Jin: 8-9)


Namun ayat ini tidak bermakna Allah SWT itu lemah atau lengah. Tetapi syaitan berusaha mencari tahu takdir yang akan terjadi dengan cara mencuri dengar berita dari langit (bayangkan syaitan dah tau risiko curi berita ni, tapi ia tetap berani tanggung risiko demi menyesatkan manusia).

Apabila Allah menetapkan sesuatu urusan di langit, maka bertasbihlah Malaikat penjaga 'Arasyh diikuti tasbih penghuni langit hingga ke langit dunia. Lalu mereka bertanya pada malaikat penjaga 'Arasy, apa yang Allah utuskan, lalu malaikat 'Arasy pun bercerita. Dimana ketetapan itu dibawa oleh para malaikat yang mulia.

Oleh kerana syaitan hanya mencuri dengar, maka maklumat diterima ia pun tidak jelas. Dan kadang kala sempat menyampaikannya sebelum terkena syihab; namun sebelum sampai kepada para dukun, syaitan (dari bangsa jin) itu telah menambah 1001 kedustaan di dalamnya. Dengan kalimat yang didengarnya itulah, tukang sihir atau tukang ramal meIakukan 1001 lagi kebohongan. Lalu berita yang ia sampaikan mengandungi lebih banyak kedustaan berbanding 1 kebenaran.

Kemampuan para syaitan ini sebenarnya sangat terbatas sekali. Dan bila Allah SWT menghendaki, mereka pun tidak akan mendapatkan informasi apa-apa. Namun apabila ia boleh mendapatkan secebis informasi, itu adalah sebahagian dari kemudahan yang Allah SWT berikan kepada mereka dalam rangka menyesatkan manusia. Padahal kita tahu Iblis hidup sampai kiamat itu dalam rangka kufur kepada Allah SWT juga kan? Namun memang demikian ketetapan dari Tuhan Maha Adil dan Maha Tahu atas segala sesuatu.

Nabi Shallallahu Alahi wa Sallam bersabda, "Barangsiapa yang mendatangi dukun lalu bertanya sesuatu kepadanya maka shalatnya tidak diterima selama empat puluah hari atau empat puluh malam." (Diriwayatkan Muslim)

maka benarlah segala firman Allah.

p/s : pasni boleh la tukar setting kat "page" masing2 kepada "hide" supaya kita tak menyebabkan diri kita dan kawan kita yg lemah iman terpengaruh.