Saturday, March 21, 2009

Kritikan utk kawan

"Ukhuwwah bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya"
- Iman Ghazali
.
Tak jarang kita tengok orang yg berlaku hipokrit terhadap member sendiri. Mungkin mereka beralasan, "Aku tak nak dia kecik ati dengan aku". Tapi tahu tak, justeru sikap hipokrit itulah yang membuat jiwa rakan kita rapuh, tidak boleh menerima kritikan, dan seterusnya berjiwa kecil.

Mengikut pengalaman aku dlm berkawan (wlaupn aku x ramai kawan), bkn camtu cara nak jaga hati kawan. Kalau sayang kawan, wajib bagi nasihat dari terus melihat dia buat terus kesalahan tu. Dia nak berubah atau tak, terpulang pada indvidu tersebut. Tugas kita sebagai kawan adalah utk bagi nasihat je. Agak2 dia dah x bleh terima nasihat & hati dia keras cam batu, maka doa je la kepada Allah, semoga dia diberikan hidayah utk berubah. Itu je yg kita termampu.
"Kebenaran itu umpama ubat... Pahit! Namun harus tetap ditelan."
Jujurlah pada diri sendiri dan orang lain. Jangan gunakan hipokrit walaupun ia berkesan dlm menangani situasi, kerana hipokrit adalah solusi bersifat sementara dan rapuh. Dan sekiranya ia di konsumsi dlm frekuensi tinggi, ia akan berakumulasi dlm jiwa seterusnya akan meracuni fikiran kita. (ceh, mcm btol je teori aku ni!)

Kadang-kala, kebenaran itu sulit dan sakit utk diterima. Tapi, pengalaman dari kesakitan tersebutlah akan membina kekuatan dalam diri kita supaya tabah menghadapi kenyataan dan kritikan. Ia akan mengambil masa utk memulihkan semangat kita. Jadikan bekas luka dan parut sebagai bukti ketahanan kita menghadapi kesakitan. Jangan biarkan ia menjadi "parut si pengecut".
"Hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah... (bleh sambung lagu ni)"
: Hijaz - Lukisan Alam.
Ayuh kita membina ketahanan mental kita di Pusat Pembinaan Mental Karate - Kyokushinkai Karate Do! (Ini iklan!)

p/s : Kata2 yg tajam utk diri sendiri... (ayat skema x?)

5 comments:

Unknown said...

hu.biar dia sakit hati supaya dia jadi baik.baik untuk semua.

BT said...

Hipokrit seperti cth post ni,mmg xptt..(xnak bg die sakit hati, sbb nnti xde kawan da nk kawan)[MUDAHANAH]

tp, pabila ssorg itu hipokrit utk menyikapi keburukn ssorg dgn bijak..(kwn ngn pencuri, kat blkg kutuk2 pencuri tu.dlm pada masa yg sama die nasihati pencuri tu " xbaik taw mencuri" [MUDARAT]

-pandai2 la buat pilihan...tepuk dada, tnye ??

[.mrEd.] said...

Kemungkinan hipokratos lebih mengetahui..

tp terkadang kawan ada yg xdapat menerima kritikan, akhirnya bermasam muka sepanjang jaman..sarang lebah kalu kena jolok pun membahayakan si penjoloknya walaupun tujuan penjolok tu nk mendapatkan madu yg maknyuss...mungkin dari segi cara pengambilan madu tersebut yg perlu diambil kira dalam hal ini..

org slalu cakap "ko jgn jadi hipokrit la". tapi hipokratos tetap menjadi pujaan hati org tersebut..jadi???siapa yg makan cabe rawit, dia yg terasa pedasnya kecuali dia berkongsi bersama teman sekost..

nk buat baik mmg susah, nk buat jahat senang..tapi kalu yg buat2 baik??terpulanglah...

mohd afham said...

ingat sumpah hipokrates...

Mind Freak said...

ada orang cakap,

"jangan bersedih"

ada orang lain pula cakap,

"bersedihlah"

mana yang kita nak pilih?sangat susah bila bernafas sebagai hamba.