Sunday, October 25, 2009

Hiperaktif

Attention Deficit / Hyperactive Disorder (ADHD) atau dlm bahasa melayunya "Kekurangan Daya Tumpuan / Gangguan Hiperaktif"

Simptom :

- Mendesak / Ikutkan hati (Impulsive) : tidak suka menunggu giliran, suka mengganggu orang lain.

- Kecergasan yg melampau (Hyperactive) : tidak boleh duduk diam.

- Kurang Daya Tumpuan (Inattentive) : sukar mengekalkan tumpuan pd kerja, senang terganggu oleh keadaan sekitar.



Cara menangani :

Anak2 hiperaktif sebenarnya memerlukan lebih perhatian. Kadang2 ibubapa menganggap anak ini menyusahkan dan serig berteriak perkataan "Jangan!". Perlu diketahui mereka masih dlm proses mengenal dunia dan memiliki sifat ingin tahu yg tinggi. Ibubapa perlu membimbing sifat ke arah yg benar. Gunakan pendekatan "Diplomatik".

- Anak2 hiperaktif biasanya lebih cerdas dari anak dgn usia sebaya. Belikan barangan / mainan yg melebihi kurungan usia anak tersebut. Gunakan "reverse psychology". Katakan kpd anak bahawa mereka masih kecil dan kamu merasakan mereka belum mampu menyelesaikan permainan itu. Lihatlah reaksi mereka.

- Mereka juga memerlukan kerja yg mencabar; membuat kuih dari adunan, membaiki barangan kecil, membuat kerja2 besar. Katakan kpd mereka bahawa kamu ingin membiarkan mereka membakar kuih tetapi kamu merasakan mereka terlalu kecil utk itu. Ini membuatkan mereka mahu membuatnya. Tanyakan sama ada si anak boleh membaca resepi. Ajarlah mereka.

- Mereka mempunyai sosial yg tinggi. Kadang2 mereka meminta anda bermain bersamanya sewaktu anda bekerja. Katakan kpd mereka bahawa anda mahu memcuci pakaian, dan bertanya sama ada mereka mahu membuatnya bersama anda? (bukan menolong anda, tetapi membuat bersama2).

- Berikan pujian apabila mereka berperilaku baik, walaupun tidak sempurna. Tanya pendapat mereka mengenai sesuatu perkara ketika anda melakukan aktiviti bersama2 spt mengemas, beriadah / mencuci kereta. Ini akan membuat mereka berasa dihargai disamping memupuk minda anak.

Ubat :

- Jika anak mengalami masalah neuro-psychology, sila rujuk doktor pediatrik berdekatan. Doktor akan memberikan ubat :

1) stimulan "metilfenidat" atau "dextroamfetamin", jika kurang berkesan,
2) antidepressen "tricyclic" / "bupropion" diberikan,
3) non-stimulan "atomoxetin" yg menghambat semula pengambilan noradrenalin.
4) "clonidin" digunakan sekiranya anak mengalami gangguan tidur.

p/s : teringat zaman hiperaktif dulu...