Wednesday, December 23, 2009

Jgn marah, ya?

Bismillahirrahmaanirraheem...

Pernah tak rasa satu hari itu apa saja yang kita buat semuanya serba tak kena?

(ia nampak celah utk memasukkan djaroem)

Nak lepas geram dgn membaling dart, “Tap! Tap! Tap! Tap! Tap!” 5 kali balingan padu tapi tak satu pun yg mengenai board, semua melekat di dinding. Huh! Bertambah bengang. Rasa nak tumbuk dinding, nak terajang sesuatu. Lalu… “Dush! Dum!” amarah telah dilampiaskan kepada dinding yg diam membatu. Puas? atau yg dapat hanya sakit pada buku lima dan buku lali, bonusnya hati makin panas membara? Nasib baik dinding tak membalas, cuba kalau dia boleh balas? Naya…

(ia tertawa, pancingannya mengena!)

Terduduk merintih kesakitan. Muhasabah. Kenapa kesabaran makin tipis? Adakah kerana encik jantung kurang sihat utk menghantar darah ke prof. otak dan cik peparu? Atau abang perut lupa makan tengahari demi kerja2 yg bertimbun? Terlalu byk kemungkinan.

Reaksi kompensasi mula berlaku, cik peparu yg tadinya termengah2 mula menarik nafas panjang sambil ber-ta’awwudz dan istighfar mula dilafazkan. Panas yg tadinya membara diredamkan dgn air wudhu’, terasa tenang. Kemudian berbaring, prof otak mengisyaratkan supaya berfikir rasional, mencari formula hikmah yg tersembunyi, dan... jumpa satu! "Do not skip your meal unless you are fasting." tersenyum sendirian. Pandai monolognya berjenaka...

(rupanya ia hanya menang sementara, padan muka! jgn bagi peluang ia mendominasi!)

“Jika salah seorang dari kalian marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah dia duduk agar marah hilang darinya. Jika tidak hendaklah dia baring.” [Sunan Abu Daud, no: 4782]“

“Sesungguhnya marah berasal dari syaitan dan syaitan berasal dari api. Sesungguhnya api itu dipadam dengan air. Oleh kerana itu jika salah seorang dari kalian marah, hendaklah dia berwudhu’.” [Sunan Abu Daud, no: 4784]

"Jika salah seorang dari kalian marah, hendaklah dia diam.” [Musnad Ahmad, 1/239]

Saturday, December 12, 2009

Khutbah Wida’

KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.W

DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH

DI LEMBAH URANAH, BUKIT ‘ARAFAH

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan!

Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.....

Thursday, December 10, 2009

Hari Itu Sudah Berlalu...

Bismillahirrahmaanirraheem...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi singgah ke blog yg sepi ini. Minta maaf jika post ini tidak memenuhi kehendak pembaca. (tak mampu & tak mungkin dpt memuaskan hati semua orang). Tak mengapa, saya faham...

Anda pernah menonton movie atau membaca novel? Ada permulaan, rising action ada konflik2 (byk konflik), ada klimaks, falling action, resolusi, konklusi dan penutup. Begitulah fasa hidup setiap insan... Bayangkan jika tiada konflik yang berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari, menarikkah hidup ini? Huhu, itu bkn "kehidupan". Ia lebih menyerupai "kematian". Apa gunanya hidup dalam "siklus bodoh"? tiada kemajuan.

Ok, cukuplah itu sebagai pendahuluan. Apa yang sebenarnya saya ingin fokuskan adalah pada plot "event / konflik", ibarat garam dalam masakan. Saya yakin kita masing-masing ada konflik sendiri baik besar atau kecil, peribadi atau awam. Bagi saya, konflik terbesar yg saya hadapi saat ini adalah akibat gempa bumi yang berlaku di sumatera barat. (jgn salah faham ya, saya bkn menyalahkan takdir. cuma cuba mencari jalan keluar...)


Jadi, untuk melanjutkan ke plot seterusnya, konflik yg dihadapi sekarang harus diatasi. (melainkan jalan cerita backflash atau fast-foward) Saya tahu ada banyak faktor langsung atau tidak langsung yg memberi kesan kepada mangsa gempa bumi. Positifnya, ada masyarakat yg mulai sedar kesilapan mereka, dan rumah saya kurang dimasuki tikus =) Negatifnya, sesiapa pun boleh senaraikan. Bahkan mereka yg tidak mengalami gempa bumi.

Sekarang kami sedang cuba bangkit dan menyesuaikan diri dgn situasi baru yg berubah secara drastik. Begitu juga dgn sahabat2 saya yg menyambung pengajian mereka di tanah air, mengejar cita-cita menjadi seorang insan yg sering dikaitkan dgn kematian (bkn penggali kubur =) Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka. Harap2 orang yg cuba membantu lebih ramai dari yg menjatuhkan kerana membina keyakinan lebih susah dari membinasakannya.
"Yakinlah, Allah memberi kita ujian sesuai kesanggupan kita, Biarlah waktu sebagai penyembuh luka. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."

Ayuh bersiap menjalani siklus kehidupan baru! Labuhkan tirai kisah semalam...