Akan tiba suatu fasa dalam hidup kita akan rasa “hopeless” dan kosong, terutama bila dilanda detik2 akhir perpisahan.
Penantian yang selama ni kita sangka sudah berakhir, impian sederhana ketika melabuhkan tirai mata buat kali terakhir, kita mahu tenang dia ada disamping buat detik2 tersisa. Rupanya hanyalah suatu episod panjang yang akan terhenti, dan episod lain yang akan bermula.
Letih menongkah ekspektasi dunia yang sentiasa berubah mengikut deras arus globalisasi. Seluas 7 samudera yang airnya hanya menambah dahaga kepada pelayar kerdil. Ah, alangkah mudahnya jika jasad lemas dan hancur luluh oleh tekanan laut dalam, bersemadi di perkuburan terbesar bumi bersama2 zarah para leluhur terdahulu.
Namun ketika lewat hari baru, mata terbuka, hati sentiasa menepis bisikan2 naluri, membenam rasa jauh ke lubuk sanubari, derapan langkah menyemai bakti kepada masyarakat dan berharap permata kecil sentiasa bahagia dalam jagaan Allah..