Friday, March 20, 2009

Dilemma De Lament...


Kata orang, hidup memang susah... Apatah lagi bila nak bertahan hidup di tempat asing sebagai pelajar... Bukan hanya belajar, bahkan untuk bersosial pun susah...

Mungkin ada kaitan dengan post sebelum ni, "TILIK / RAMALAN" (bukan ramlan bin ramli)

Tilikan seperti primbon mengunakan tarikh2 tertentu dan nama2 tertentu, mereka bisa menilik nasib manusia dan mengiklankan di koran2 dan TV. "Kamu ga cocok kerja dengan air, kamu cocoknya kerja dalam tanah... Ketik : REGNAMA dan hantar ke (#@*&"

Ayat2 tu dengar macam lucu, tapi pernahkah kita terfikir berapa ramai orang terpengaruh dgn iklan tersebut? Sedangkan kita yg dah tahu hanya ketawa melihat iklan tersebut.

Ok, berbalik kpd persoalan aku. Berbeza dgn menilik nasib, salah ke kalau aku meramalkan fikiran seseorang? Contohnya kalau main chess / catur, kita mesti tahu faham alasan pada setiap gerakan yg pihak lawan buat, kan? Melalui cara itu, siapa yg dapat membaca fikiran dan mendahului fikiran (anticipate) lawan , dia akan menang...

Aku percaya tak ada orang buat sesuatu dengan 'tanpa tujuan' secara berterusan, mesti ada alasan tersembunyi. Tapi sampai tahap tu je la aku dapat mentafsir, sebab aku tak dapat tahu niat dan fikiran sebenar orang lain. (kalaulah aku ada telepati...) Aku hanya dapat mentafsir melalui tindakan dan kata2 mereka. (dlm erti kata lain, bukan mcm baca buku...)

Hmm... Salah ke?

Lalu bagaimana dgn orang yg mengkaji konspirasi menggunakan teori2? Kadang2 kebenaran itu di tutup dari pandangan oleh 1, 2, bahkan 3 lapisan penipuan.

Pendapat anda?

p/s : terlalu peka kadang2 merimaskan...

6 feedback:

+akufobia+ said...

kadangkadang diorang bukan buat ramalan pun.hanya bagi pandangan berdasarkan pengalaman+kajian yang selalu diorang buat berdasarkan suasana sekitar.diorang tak rugi apaapa pun kalau salah+tak dapat apaapa pun kalau betul.hanya pandangan.kalau diorang kaji konspirasi la.diorang ambil risk gak kalau salah.sebab ramai percaya katakata diorang.kuku.

+akufobia+ said...

kalau bab tilik nasib lain pula.hu.tu memang da terangterang salah kan.dalam quran pun da sebut.so jangan buat la.kalau rasa tak tahu gak kenapa quran larang pun jangan buat gak la.sebab DIA da buat peraturan tu.kita sebagai hambar ikut je la kan.patuh.cuba kalau kita tahu sebab tu lagi best la.sebab lagi meyakinkan kita untuk menghindari perbuatanperbuatan macam ni.nganga.pandangan dari otak yang tengah penat.

Muhammad Sayyid bin A Rahman said...

main chess kita pikir dengan menempatkan diri kita dalam posisi lawan..

yang penting dalam menempatkan posisi itu adalah ILMU & PENGALAMAN..dua-dua penting...

ILMU= cara kita mengerakkan buah catur dan strategi menangkan pertandingan

PENGALAMAN= berbalik kepada apakah jalan yang bakal di ambil lawan sama dengan pengalaman kita..dan kita tau cara terbaik untuk merungkai strategi lawan...

itu la beza primbon dan chess..hehee

.:sin_bad:. said...

Ok, maksudnya Firasat (berdasarkan ilmu dan pengalaman) tak sama dgn Tilik kan?

So kesimpulannya, tak salah untuk mentafsir manusia a.k.a makhluk...

Terima Kasih!

Muhammad Sayyid bin A Rahman said...

kalau mentafsir tu kena ada basis..

contoh dalam kedokteran,instruktor skill lab aku penah cakap..kita leh pakai logika untuk mengkaitkan sesuatu hal tetapi kita tetap kena ada dasar...cth kalau penyakit ni ada kaitan ngan benda ni..so kena tau dasar penyakit dan benda tersebut baru leh main logika...kalau takde dasar jangan sesekali pakai logika..kita bukan bomoh~contoh sehari-hari, kalau kita merempit leh mati kena eksiden..kalau nasib baik tak eksiden..logika yang leh pakai eksiden kalau nasib xbaik, xeksiden kalau nasib baik~ dasar kat sini adalah pengalaman~

cam primbon atau horoscope tu dasar tak jelas..bukan dari pengalaman bukan dari kitab dan sunnah...lebih kepada tafsiran atau logika tanpa dasar..itu yang bahaya..dan jelas bahawa tilik nasib itu haram dan dilaknat Allah..

yang penting kat sini ke percaya kepada qada dan qadar...salah satu rukun iman..dan tak kalah penting adalah usaha dan tawakal kpd Allah~

mohd afham said...

kita perlu terbang lebih tinggi utk melihat lebih luas dan lebih saksama....

semakin dalam kita melihat atau mengkaji, semakin sempit lapangan pandang kita...