Tuesday, September 29, 2009

Slow...

Salam 'alaykum,

Ada banyak perkara di dunia ini yg kita tahu, tapi kita belum faham. Kalau faham pun, tak seluruhnya. Mungkin cuma seketul dua? Kerana kita sendiri tak tahu "penuh" itu berapa. Itu baru yg kita tahu, bagaimana pula dgn perkara yg kita tak tahu? Ok, tak payah cerita tentang perkara yg kita tak tahu...

Terus-terang, saya termasuk dlm kategori manusia jenis lambat "pick-up" dlm menanggapi apa yg orang lain sampaikan. Kadang-kadang, kesian juga pd kawan2 yg buat jenaka. Kerana saya akan ketawa hanya selepas berjaya merungkaikan apa yg tersirat. (sabar ya, mungkin delay sekitar 3-5 saat).

Saya tahu ada manusia diluar sana yg senasib saya. Maka saya ingin kongsikan pengalaman ini.

Oleh kerana "lagging processor" dlm otak saya (bkn retardasi mental), maka kesulitan menjelma apabila bertemu dgn manusia yg petah bercakap. Apatah lagi jika mereka dgn rancaknya menabur butir-butir informasi mereka (dgn high speed rate!) sedangkan apa yg saya dengar sebelum ini pun belum dapat saya cerna dgn betul. Akhirnya saya hanya tahu...

Kadang2 tertekan juga. Tapi tak apa, biar kefahaman tu datang kemudian...

"It is better LATE than NEVER!"
Oleh kerana itu, banyak benda yg saya tak faham saya simpan / peram dulu. Mungkin ada sesuatu yg belum lengkap dlm pengetahuan utk saya buat kesimpulan. Perlukan masa utk menilai sesuatu. Mungkin suatu hari nanti saya akan faham...

"Ya Allah, kurniakanlah aku fahaman para nabi, hafalan para rasul, dan ilham para malaikat."

p/s: selamat menyambut minggu ujian diucapkan. semoga amalan baik terus ditingkatkan bukan pada minggu2 ujian sahaja.

Thursday, September 10, 2009

Kuiz utk mahasiswa

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. tapi tunggu masa yg sesuai. mungkin sekarang dah tiba masanya. tapi sebelum itu, saya nak mengajak pembaca yg budiman mengikuti sebuah cerita.
Sebelum cuti penggal bermula, seorang pensyarah selalu memberikan sebuah kuiz kepada mahasiswanya di kuliah terakhirnya.

Pensyarah: Bayangkan jika kamu sedang pulang bercuti 'eidul fitri menaiki pesawat. Tiba-tiba pesawat yg kamu naiki hilang kawalan dan kamu dapat merasakan pesawat akan jatuh terhempas. Apa tindakan pertama yg akan kamu lakukan?

Mahasiswa1: (menjerit!) "Tidaaak! Saya belum kawin lagi! Masa depan saya masih cerah!"

Mahasiswa2: (dgn nada yakin) Saya akan cuba bertenang dan berharap juruterbang dapat mengambil kendali sistem penerbangan serta membantu attendan kabin mengawal situasi.

Mahasiswa3: (dgn selamba) Kalau saya, lepak sudah! Kalau memang dah ditakdirkan mati dlm nahas udara... Baajelai?

Mahasiswa4: (diam sebentar...) Erm, mungkin saya akan berhenti membayangkannya. Tak sanggup lagi. Sungguh ngeri!
Cukup disitu saja. Apa yg saya mahu fokuskan adalah jenis perilaku manusia bila ditimpa sesuatu masalah. Dari kisah di atas, agak-agak kategori manakah anda? Tepuk dahi, ckp "ayyo!"