Thursday, December 10, 2009

Hari Itu Sudah Berlalu...

Bismillahirrahmaanirraheem...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi singgah ke blog yg sepi ini. Minta maaf jika post ini tidak memenuhi kehendak pembaca. (tak mampu & tak mungkin dpt memuaskan hati semua orang). Tak mengapa, saya faham...

Anda pernah menonton movie atau membaca novel? Ada permulaan, rising action ada konflik2 (byk konflik), ada klimaks, falling action, resolusi, konklusi dan penutup. Begitulah fasa hidup setiap insan... Bayangkan jika tiada konflik yang berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari, menarikkah hidup ini? Huhu, itu bkn "kehidupan". Ia lebih menyerupai "kematian". Apa gunanya hidup dalam "siklus bodoh"? tiada kemajuan.

Ok, cukuplah itu sebagai pendahuluan. Apa yang sebenarnya saya ingin fokuskan adalah pada plot "event / konflik", ibarat garam dalam masakan. Saya yakin kita masing-masing ada konflik sendiri baik besar atau kecil, peribadi atau awam. Bagi saya, konflik terbesar yg saya hadapi saat ini adalah akibat gempa bumi yang berlaku di sumatera barat. (jgn salah faham ya, saya bkn menyalahkan takdir. cuma cuba mencari jalan keluar...)


Jadi, untuk melanjutkan ke plot seterusnya, konflik yg dihadapi sekarang harus diatasi. (melainkan jalan cerita backflash atau fast-foward) Saya tahu ada banyak faktor langsung atau tidak langsung yg memberi kesan kepada mangsa gempa bumi. Positifnya, ada masyarakat yg mulai sedar kesilapan mereka, dan rumah saya kurang dimasuki tikus =) Negatifnya, sesiapa pun boleh senaraikan. Bahkan mereka yg tidak mengalami gempa bumi.

Sekarang kami sedang cuba bangkit dan menyesuaikan diri dgn situasi baru yg berubah secara drastik. Begitu juga dgn sahabat2 saya yg menyambung pengajian mereka di tanah air, mengejar cita-cita menjadi seorang insan yg sering dikaitkan dgn kematian (bkn penggali kubur =) Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka. Harap2 orang yg cuba membantu lebih ramai dari yg menjatuhkan kerana membina keyakinan lebih susah dari membinasakannya.
"Yakinlah, Allah memberi kita ujian sesuai kesanggupan kita, Biarlah waktu sebagai penyembuh luka. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."

Ayuh bersiap menjalani siklus kehidupan baru! Labuhkan tirai kisah semalam...

Sunday, November 15, 2009

Kembara Misi Cahaya

Salam 'alayk,

Entah kenapa, sejak akhir2 ni banyak memori silam yg menerjah kedalam benak. Saya teringat janji2 yg terpatri antara saya & sahabat2 di sekolah dulu. Ya, salah satu darinya adalah janji ketika kami menjalani program "Road to Jawa" (R2J) dgn tema "Kembara Misi Cahaya" (sila rujuk jurnal masing2).

Sebenarnya kembara ini baru saja bermula. Dan ia masih berlangsung...

Nah, sekarang "starter pack" sudahpun ada dlm genggaman tangan kita. Langkah seterusnya terpulang kpd kita...

Wassalam...

p/s: malas nk tulis byk2.

Sunday, October 25, 2009

Hiperaktif

Attention Deficit / Hyperactive Disorder (ADHD) atau dlm bahasa melayunya "Kekurangan Daya Tumpuan / Gangguan Hiperaktif"

Simptom :

- Mendesak / Ikutkan hati (Impulsive) : tidak suka menunggu giliran, suka mengganggu orang lain.

- Kecergasan yg melampau (Hyperactive) : tidak boleh duduk diam.

- Kurang Daya Tumpuan (Inattentive) : sukar mengekalkan tumpuan pd kerja, senang terganggu oleh keadaan sekitar.



Cara menangani :

Anak2 hiperaktif sebenarnya memerlukan lebih perhatian. Kadang2 ibubapa menganggap anak ini menyusahkan dan serig berteriak perkataan "Jangan!". Perlu diketahui mereka masih dlm proses mengenal dunia dan memiliki sifat ingin tahu yg tinggi. Ibubapa perlu membimbing sifat ke arah yg benar. Gunakan pendekatan "Diplomatik".

- Anak2 hiperaktif biasanya lebih cerdas dari anak dgn usia sebaya. Belikan barangan / mainan yg melebihi kurungan usia anak tersebut. Gunakan "reverse psychology". Katakan kpd anak bahawa mereka masih kecil dan kamu merasakan mereka belum mampu menyelesaikan permainan itu. Lihatlah reaksi mereka.

- Mereka juga memerlukan kerja yg mencabar; membuat kuih dari adunan, membaiki barangan kecil, membuat kerja2 besar. Katakan kpd mereka bahawa kamu ingin membiarkan mereka membakar kuih tetapi kamu merasakan mereka terlalu kecil utk itu. Ini membuatkan mereka mahu membuatnya. Tanyakan sama ada si anak boleh membaca resepi. Ajarlah mereka.

- Mereka mempunyai sosial yg tinggi. Kadang2 mereka meminta anda bermain bersamanya sewaktu anda bekerja. Katakan kpd mereka bahawa anda mahu memcuci pakaian, dan bertanya sama ada mereka mahu membuatnya bersama anda? (bukan menolong anda, tetapi membuat bersama2).

- Berikan pujian apabila mereka berperilaku baik, walaupun tidak sempurna. Tanya pendapat mereka mengenai sesuatu perkara ketika anda melakukan aktiviti bersama2 spt mengemas, beriadah / mencuci kereta. Ini akan membuat mereka berasa dihargai disamping memupuk minda anak.

Ubat :

- Jika anak mengalami masalah neuro-psychology, sila rujuk doktor pediatrik berdekatan. Doktor akan memberikan ubat :

1) stimulan "metilfenidat" atau "dextroamfetamin", jika kurang berkesan,
2) antidepressen "tricyclic" / "bupropion" diberikan,
3) non-stimulan "atomoxetin" yg menghambat semula pengambilan noradrenalin.
4) "clonidin" digunakan sekiranya anak mengalami gangguan tidur.

p/s : teringat zaman hiperaktif dulu...

Tuesday, September 29, 2009

Slow...

Salam 'alaykum,

Ada banyak perkara di dunia ini yg kita tahu, tapi kita belum faham. Kalau faham pun, tak seluruhnya. Mungkin cuma seketul dua? Kerana kita sendiri tak tahu "penuh" itu berapa. Itu baru yg kita tahu, bagaimana pula dgn perkara yg kita tak tahu? Ok, tak payah cerita tentang perkara yg kita tak tahu...

Terus-terang, saya termasuk dlm kategori manusia jenis lambat "pick-up" dlm menanggapi apa yg orang lain sampaikan. Kadang-kadang, kesian juga pd kawan2 yg buat jenaka. Kerana saya akan ketawa hanya selepas berjaya merungkaikan apa yg tersirat. (sabar ya, mungkin delay sekitar 3-5 saat).

Saya tahu ada manusia diluar sana yg senasib saya. Maka saya ingin kongsikan pengalaman ini.

Oleh kerana "lagging processor" dlm otak saya (bkn retardasi mental), maka kesulitan menjelma apabila bertemu dgn manusia yg petah bercakap. Apatah lagi jika mereka dgn rancaknya menabur butir-butir informasi mereka (dgn high speed rate!) sedangkan apa yg saya dengar sebelum ini pun belum dapat saya cerna dgn betul. Akhirnya saya hanya tahu...

Kadang2 tertekan juga. Tapi tak apa, biar kefahaman tu datang kemudian...
"It is better LATE than NEVER!"
Oleh kerana itu, banyak benda yg saya tak faham saya simpan / peram dulu. Mungkin ada sesuatu yg belum lengkap dlm pengetahuan utk saya buat kesimpulan. Perlukan masa utk menilai sesuatu. Mungkin suatu hari nanti saya akan faham...

"Ya Allah, kurniakanlah aku fahaman para nabi, hafalan para rasul, dan ilham para malaikat."

p/s: selamat menyambut minggu ujian diucapkan. semoga amalan baik terus ditingkatkan bukan pada minggu2 ujian sahaja.

Thursday, September 10, 2009

Kuiz utk mahasiswa

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. tapi tunggu masa yg sesuai. mungkin sekarang dah tiba masanya. tapi sebelum itu, saya nak mengajak pembaca yg budiman mengikuti sebuah cerita.
Sebelum cuti penggal bermula, seorang pensyarah selalu memberikan sebuah kuiz kepada mahasiswanya di kuliah terakhirnya.

Pensyarah: Bayangkan jika kamu sedang pulang bercuti 'eidul fitri menaiki pesawat. Tiba-tiba pesawat yg kamu naiki hilang kawalan dan kamu dapat merasakan pesawat akan jatuh terhempas. Apa tindakan pertama yg akan kamu lakukan?

Mahasiswa1: (menjerit!) "Tidaaak! Saya belum kawin lagi! Masa depan saya masih cerah!"

Mahasiswa2: (dgn nada yakin) Saya akan cuba bertenang dan berharap juruterbang dapat mengambil kendali sistem penerbangan serta membantu attendan kabin mengawal situasi.

Mahasiswa3: (dgn selamba) Kalau saya, lepak sudah! Kalau memang dah ditakdirkan mati dlm nahas udara... Baajelai?

Mahasiswa4: (diam sebentar...) Erm, mungkin saya akan berhenti membayangkannya. Tak sanggup lagi. Sungguh ngeri!
Cukup disitu saja. Apa yg saya mahu fokuskan adalah jenis perilaku manusia bila ditimpa sesuatu masalah. Dari kisah di atas, agak-agak kategori manakah anda? Tepuk dahi, ckp "ayyo!"

Thursday, August 20, 2009

Bystander

salam 'alayk,


Here is the situation:

One fine day, you took a break from an evening walk. In the park, you could see a child crying all alone. You, who wasn't good with handling kids just look at her. Later, a woman pass by and asked you:

"What have you done? Why is she crying?"

"I don't know. I have done nothing. She already crying when I get here."

"..."

Get what I mean? If not, let me tell you something. You can't always be an innocent bystander...
Sometimes, either you will be a hero (at least an attempt would do) or a guilty bystander.

That's all folks~!

Wednesday, August 05, 2009

Singgah Sebentar...

Fuuuh!!! (tiup habuk kt blog ni...)

Uhuk~! uhuk~! (batuk...)

Ehem2... (berdehem...)

Dah lama tak tulis apa2 pada blog ni. Tangan pun dah kaku, idea dah kontang. Takpe, cuba mengisi sedikit.

Alhamdulillah, aku dah habis kuliah tahun pertama. Err, tapi ada cacat cela sikit pada result (minta maaf, aku bkn mr. Perfect). Cuma aku teringat kata2 afham dan sedikit perenggan yg aku kutip dari laman hilal asyraf , yg mana kedua-duanya banyak menyedarkan aku saat aku "dihujung tanduk".

Ingatlah. Bukan doa kita yg buat exam kita lulus atau gagal (mustajab sgt ke doa kita? sbb kita bkn teraniaya), tapi dari teman2 yg mendoakan kita tanpa pengetahuan kita. Doa rahsia dari ibu dan ayah utk anaknya. Dan dari keredhaan pemberi ilmu itu terhadap keikhlasan kita menuntutnya.

Tapi awas! Jika kita niatkan hanya utk dunia semata-mata, maka itulah yg kita dapatkan (cucuk diri sendiri). "Innamaa al-akmalu binniati". Tapi kalau kita niatkan utk akhirat, Insya Allah kita akan dapatkan kedua-duanya.

Ibaratnya, dunia ni akan memperhambakan kita saat kita mengejarnya. Tapi kalau kita buat2 biasa, dia akan ikut kita... sampai kita kejar dia balik. camtulah seterusnya, main kejar-kejar. (x pnt ke?). So, ambillah sekadarnya. Ikut jalan tengah.

let's "change our intention & surrender our heart to him"!

wassalam...

Listen to this Hadith --> Mu'adz - Hijrah

Sunday, June 28, 2009

Penghargaan


2 minggu lepas, blog ni telah dianugerahkan sebuah "Award" dari Micelia Amalia Sari. Dengan blog saya ber-ID-kan 347856. Mulanya saya kurang faham kenapa (lambat pick-up), tapi dah faham sekarang. (Hehe~!). Rasanya dah terlambat 2 minggu, tapi "better be late than never". Apapun, yang saya tahu ada beberapa peraturan :

  1. Untuk yang sudah mendapat "Award" ini, sila "publish" segera dengan cara memasang "Award" ini di blog anda, seperti yang telah saya lakukan.
  2. Berikan lagi "Award" seperti ini kepada 5 Sahabat yang ada di blogroll anda.
  3. Cantumkan nama / blog ke- 5 penerima award ini di blog anda.

Itulah peraturannya, dan saya dah fikir masak-masak 2 minggu kebelakangan ini, dan itulah sebab saya terlambat publish. (hoho, alasan...). Inilah beberapa blog yg memberi inspirasi kpd saya :

  1. dr.huzaifah (pembekal)
  2. 'asim (penawar)
  3. alexumar (pencetus)
  4. micelia (kena lagi..)
  5. anda (saya sgt menghargai anda kerana sudi singgah ke blog ni. tanpa pembaca, siapalah penulis)

Penghargaan ini saya tujukan kepada mereka dan tulisan mereka yang banyak memotivasikan saya saat "down". Bak kata pemberi "Award" : "Award ini bukanlah hanya sebuah penghargaan, namun juga adalah sebuah bentuk pengakuan persahabatan."

Sekian, terima kasih!

Tuesday, June 09, 2009

Terhenti Seketika...

بسم الله الرحمن الرحيم

Hmm… Rasanya baru sebulan tak post apa2. Saja biar berhabuk. Sibuk? Ya, sibuk berfikir... Otak “prefrontal” terlalu banyak berfikir hingga lupa waktu terus berlalu tanpa susulan gerakan “motorik”. Kenapa? Itulah yg menjadi persoalan. Sekarang dah habis blok 5, orang lain dah melangkah jauh. Tapi aku masih berfikir, berfikir, dan terus berfikir… Terlalu banyak berfikir tentang konsekuensi untuk melakukan sesuatu, bingung membuat keputusan. Pada akhirnya, yg menjadi solusi hanyalah “membatu”.


Sebenarnya tak perlu 'terlalu risau' ketika membuat keputusan kerana waktu yg ada tak memungkinkan kita berfikir tentang “Prognosis” dari setiap perbuatan yg akan kita lakukan. Kalau kita rasa perkara itu baik, lakukan segera tanpa tangguh. Jangan terlalu risau untuk membuat kesilapan, nama juga “insan” pasti tak luput dari salah dan silap. Melalui pengalaman itulah yang membuat seseorang lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Jangan jatuh dalam lubang yg sama berulang kali sudahlah. Ingat, Allah tidak menguji seseorang kecuali sesuai kesanggupannya. Teringat kata-kata seorang teman (dimas); “Ketika mana kita gagal dalam ujian yg Allah beri, maka Allah akan tetap menguji kita dengan ujian itu sehingga kita berhasil melewati ujian tersebut”.

gambar sekadar hiasan...

Ketika aku meluangkan waktu menjadi “bloghopper”, aku terbaca satu perenggan yg sangat bermakna dalam blog fir; “waktu zaman belajar inilah untuk kita lakukan sebanyak mana kesalahan yg kita nak, sebab suatu hari kita akan belajar dari kesilapan itu nanti”. Bila difikirkan balik, (hah, tgk tu! fikir lagi, bila nak gerak?) kalau kita tak melangkah, sampai bila pun kita tak tahu apa yg kita buat tu benar atau tidak. “Tak lalui, tak tahu, kan uma?” Kita perlu ingat roda kehidupan sentiasa berputar; kadang kita diatas, kadang ditengah, kadang dibawah, kadang tu terlalu bawah. Tapi dengan menerima hakikat inilah yg membuat kita berani melangkah.

Lupakan sejenak mengenai “hasil”, ia bukan dalam bidang kuasa kita. Yg penting kita sudah berbuat yg terbaik + doa + tawakal... Bila segala hasil penat lelah tersebut tak menjangkau apa yg diharapkan, berlapang dada, tenang, pasti ada hikmah. Jalan di depan akan lebih terang. Bila selalu melihat belakang, tanpa kita sedari peluang di hadapan pun pergi begitu saja. (aku slalu macam ni!)
"Ya Rabb kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami..." (Surah Al-Baqarah)
"mengambil sedikit motivasi dari blogger lain buat menerangi jalan.."

p/s : terima kasih sahabat, aku sudah pulih~! (new links)