"Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri"
Aku masih ingat lagi bagaimana aku di'cop' sebagai 'pelik' oleh sebahagian lapisan masyarakat (sampai sekarang). Ah, tak kisahlah.Sekurang-kurangnya aku lain daripada yang lain dari satu sisi lain (bukan istimewa, tapi pelik). Aku tak pasti apa yg pelik pada diri aku ni. (kena muhasabah balik ni...)
Ada satu malam tu ketika kami menonton tv, kumar (kawan serumah) bertanyakan soalan cepu emas kepada aku. "Aziz, saya nak tanya awak sikit boleh tak?". Aku hanya mengangguk kecil kerana mataku masih terpaku pada kaca tv; cuba memahami lawak 'Extravaganza'. "Kenapa awak tak banyak bercakap dengan perempuan? Awak allergy perempuan ya?" (soalan yang disertakan dengan andaian). "Huh?!" Soalan tersebut sedikit sebanyak mengganggu tumpuan aku terhadap rancangan 'Extravaganza' di tv. Namun aku tidak begitu hairan ketika dia menanyakan soalan sebegitu, kerana hakikatnya aku memang kurang bercakap dengan perempuan (pada waktu itu).
"Takde lah, kumar... Saya tak ada apa yang nak dicakapkan, kalau ada yang saya nak cakap, saya cakaplah..." Aku masih melarikan mata ke kaca tv, cuba berpura-pura tidak terganggu dengan soalan tersebut. "Awak ni pelik lah, Aziz!" Hmm... mungkin ada benarnya juga kata Kumar sebab aku jarang nak approach orang lain, hanya menunggu orang lain mula perkenalkan diri barulah aku menyusul. Tapi sampai bila? Boleh ke cara ini membentuk karekter aku yg berani? Apatah lagi depan khalayak ramai (agoraphobia). Walau bagaimanapun Kumar bukanlah orang pertama yang menggelar aku 'pelik'...
Ada ketika kami ke Bungus, piknik mandi laut dan air terjun untuk merapatkan hubungan antara batch kami. Sedang aku berehat dibawah pohon, datang seorang 'kawan' yang kenal aku hanya pada nama. Dia bermain dengan riang tanpa menyedari aku ada dibawah pohon tu. (kadang-kadang rasa best juga bila jadi stealth ni). Bila dia baru sedar aku ada kat situ, dia agak terkejut lantas berkata "Eh, engkau rupanya... budak pelik... aku ingatkan siapa..." "Ceh, kau tak pernah cakap dengan aku tetiba panggil aku pelik?" gumamku dalam hati. Mungkin dia terlepas cakap, terlajak perahu boleh diundur, tapi kalau terlajak kata? mujurlah aku makhluk, boleh ditafsir ikut suka hati kau...
Bak kata amir, first impression tu penting. Yup, penting utk kita mengingat semula saat pertama kali kita mengenal seseorang. Tapi bukan utk melabel/meng-kategori-kan seseorang itu sebagai "begitu dan begini". Masih terlalu awal utk menilai. Kenali dari hati budi, bukan dari luaran. Seseorang takkan pernah cuba untuk memahami sifat sebenar orang lain jika menganggap sikap orang lain itu statik/sama selamanya. Tapi, sayangnya zaman dah berubah dunia dah maju, amir nak jaga badan.
"bila berjalan mestilah melangkah kehadapan, bukannya ke belakang. kita hanya akan memandang ke belakang sebentar hanya utk melihat sejauh mana kita telah pergi"