sungguh, pada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang yang berakal. (Al Quran) itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya, menjelaskan segala sesuatu, dan (sebagai) petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman (Al Quran, 12:111)
Wednesday, December 24, 2008
Peluang Kedua…
Bismillah...
Hari ini, aku baru tersedar apa itu yg dinamakan nikmat Iman dan nikmat Islam. Bermula dengan kisah ‘Internet Membunuhku’. Seperti biasa aku buka Internet, masuk ke dalam mana-mana forum yg membahas tentang agama Islam dan agama lain. Tiba pada suatu saat itu, dakyah-dakyah mereka ‘berjaya’ membisikkan keraguan kedalam hati ku. Lalu sejak kejadian itu, setiap kali dalam solatku aku memikirkan tentang perkara itu. Aku mulai berasa was-was dengan keyakinanku, aqidahku goyah. Aku cuba berusaha mencari jawapan. Aku tahu kata-kata falsafah manusia, pasti ada celanya! Sedangkan Kalamullah (Al Quran) adalah ayat-ayat suci Allah yang sempurna diturunkan untuk membimbing manusia ke jalan yg lurus bagi orang-orang yang mahu berfikir. Tak mungkin ada pertentangan! Tapi bagaimana puak-puak kuffar ini berjaya menimbulkan keraguan pada hatiku terhadap ayat-ayat Allah? Bukan aku tak mahu menerima kenyataan, bahkan aku sedang mencari kebenaran disebalik kenyataan manusia tersebut. Aku sedar aku hanyalah manusia biasa, tidak maksum, iman yang turun-naik tidak menentu. Pasti adakalanya manusia itu jatuh tersungkur, terlupa, tersilap dan tersalah langkah.
Pada hari Ahad itu, setelah 2 hari sejak peristiwa pemikiran aku di-hijack tersebut, sebuah kemalangan menimpa diriku. Setelah pulang dari ujian Karate, kami berehat di sebuah pantai dengan fikiranku masih berkecamuk. Aku tertanya-tanya, mengapa sehingga sekarang aku belum menemui jawapannya. Aku tahu, pasti suatu hari nanti aku akan dapat jawapannya (it’s just a matter of time). Tetapi, bila? Bilakah Allah akan berikan hidayahnya kepadaku? Aku sangat tak tahan dihadapkan dengan dilemma sebegini, terasa kosong! Begitulah aku ber-monolog dalaman ketika sedang mandi laut, walaupun pada raut wajahku kelihatan seperti biasa. Akhirnya pada petang tersebut setelah pulang dari Pantai Air Manis (jgn tertipu oleh nama), secara tidak disangka-sangka kami mendapat kemalangan jalanraya ketika melalui selekoh tajam (walaupun ketika itu motor yang kami naiki bergerak dengan perlahan dan tiada kenderaan lain terlibat). Aku terhumban kedalam longkang, manakala kaki rakanku dihempap motor tersebut. Pada ketika itulah, mindaku terbuka untuk melihat segala-galanya. Aku bersyukur kerana sewaktu itu, aku memakai topi keledar. Namun bukan itu yang menjamin keselamatanku sewaktu itu melainkan Allah. Ia hanya sebab kepada akibat.
Walaupun aku dalam keadaan terkejut, aku tahu Allah sengaja memberi aku kesempatan untuk melihat kembali segala kesalahan yang telah aku lakukan. Itulah sebab mengapa hidayah Allah masih tidak sampai kepadaku, berpunca dari kesalahanku. Bayangkan sekiranya aku meninggal dalam kemalangan tersebut, apakah aku masih dikira beriman? Apakah aku mati sebagai seorang muslim? Aku yakin hanya Allah yang akan tahu. Mumpung Allah masih memberi aku kesempatan untuk bertaubat. Aku jadi sangat takut. Bukan kerana aku belum mendapat Ijazah, tetapi alangkah celakanya jika aku tidak sempat memperbaharui syahadahku. Bagiku, apalah gunanya amalan baik berbukit-bukit kalau tanpa disertai dengan beriman kepada Allah. Mati dalam keadaan hina, bukan kerana mati dalam kemalangan adalah hina, tapi kerana mati dalam keadaan tidak sempat membuktikan syahadah. Tiada beza dengan mati dalam agama lain. A’uzubillahi min dzalik…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment