Tuesday, September 29, 2009

Slow...

Salam 'alaykum,

Ada banyak perkara di dunia ini yg kita tahu, tapi kita belum faham. Kalau faham pun, tak seluruhnya. Mungkin cuma seketul dua? Kerana kita sendiri tak tahu "penuh" itu berapa. Itu baru yg kita tahu, bagaimana pula dgn perkara yg kita tak tahu? Ok, tak payah cerita tentang perkara yg kita tak tahu...

Terus-terang, saya termasuk dlm kategori manusia jenis lambat "pick-up" dlm menanggapi apa yg orang lain sampaikan. Kadang-kadang, kesian juga pd kawan2 yg buat jenaka. Kerana saya akan ketawa hanya selepas berjaya merungkaikan apa yg tersirat. (sabar ya, mungkin delay sekitar 3-5 saat).

Saya tahu ada manusia diluar sana yg senasib saya. Maka saya ingin kongsikan pengalaman ini.

Oleh kerana "lagging processor" dlm otak saya (bkn retardasi mental), maka kesulitan menjelma apabila bertemu dgn manusia yg petah bercakap. Apatah lagi jika mereka dgn rancaknya menabur butir-butir informasi mereka (dgn high speed rate!) sedangkan apa yg saya dengar sebelum ini pun belum dapat saya cerna dgn betul. Akhirnya saya hanya tahu...

Kadang2 tertekan juga. Tapi tak apa, biar kefahaman tu datang kemudian...
"It is better LATE than NEVER!"
Oleh kerana itu, banyak benda yg saya tak faham saya simpan / peram dulu. Mungkin ada sesuatu yg belum lengkap dlm pengetahuan utk saya buat kesimpulan. Perlukan masa utk menilai sesuatu. Mungkin suatu hari nanti saya akan faham...

"Ya Allah, kurniakanlah aku fahaman para nabi, hafalan para rasul, dan ilham para malaikat."

p/s: selamat menyambut minggu ujian diucapkan. semoga amalan baik terus ditingkatkan bukan pada minggu2 ujian sahaja.

1 comment:

Unknown said...

selamat.dari bila sampai bila?semoga dipermudahkan bersama.