Thursday, August 20, 2015

Natural


Hidup ini ditentukan oleh pilihan. Seringkali kita dihadapkan dengan pilihan yang mana menjadi seorang yang "atas pagar" bukanlah pilihan mudah.

Ironinya bila kita menyokong sesuatu argumentasi dilontarkan oleh suatu pihak (puak A) kerana argumentasinya yang munasabah dan masuk akal, kita digelar pro-"puak A" oleh pihak yang lain (puak B). Dan apabila kita memihak kepada argumentasi puak B dalam isu berbeza pula, kita digelar pro-"puak B" oleh puak A tadi.

Kelakar.. Kita ni sokong orang yang berkata atau hujahnya? Posisi kita seolah-olah adalah musuh kedua pihak tersebut. Bak kata pepatah "Ditelan mati emak, diluah mati bapak", Nak kemam sampai bila?

Sedih bila melihat orang terlalu taksub sehingga tak dapat lagi membezakan hitam dengan putih.

No comments: