Friday, April 09, 2010

Nikmat

gambar adalah ilustrasi semata2, jgn merokok!


Ketika si dia menghadiahkan kau perhiasan yg cantik utk kau banggakan

Ingatlah, DIA mengurniakan penglihatan utk kau melihat seluruh keindahan alam

Lalu apa gunanya jika kau memilikinya tetapi tiada melihat?

Adapun DIA menghijab frekuensi selain 400nm hingga 700nm

Semuanya agar kau merasa tenang tiada bercelaru

Ketika Si dia menciptakan lagu yg indah utk kau dendangkan setiap malam

Ingatlah, DIA menciptakan pendengaran utk kau mendengar nyanyian unggas

Dan membataskan 2 ribu hingga 20 ribu hertz bukan kerana sia-sia

Bahkan tetapi itu adalah nikmat yg banyak

Ketika si dia membuatkan kau makanan lazat yg paling kau gemari

Ingatlah, DIA memberikan deria pengecap utk kau merasakan

Agar kau tahu yg ada didunia ini bukan hanya “manis”

Ketika si dia membelanjakan seluruh hartanya utk kau nikmati

Ingatlah, DIA menganugerahkan kau seketul “hati” supaya kau fahami

Seluruh dunia dan isinya…

Lalu kepada siapa kau serahkan?

Ingatlah, semuanya akan dipersoalkan

bagaimana kita memanfaatkan nikmatnya.


p/s: di-"copy & paste" dari mana tah...