Monday, May 03, 2010

Pemanah Tepat

Bismillahirrahmanirrahim...

(picture by RedClarissa of DeviantArt)

Tinggi kau membidik sasaran
Walau bukan musuh kau arahkan busur
Namun kau menembak bukan kerana dendam
Bukan juga sekadar melepas batuk
Melainkan dihujung panah terselit sebuah pesanan

Sasaranmu tak layak digelar “mangsa”
Tetapi cukuplah sekadar “yang terpilih”
Setelah panah ditembakkan diiringi doa
Tak satupun panahan yang meleset
Kecuali tepat tertancap pada hati yang masih hidup

Lantas mengalirkan darah yang tercemar racun
Bersih sebelum ia membeku kembali
Dan berharap semoga hati-hati yang tertembak
Terus subur dengan cahaya Iman
Kerana kau berbusurkan semangat, berpanahkan tinta

Wahai penulis Islami, kata-katamu cukup memedihkan
Namun, kami mengerti kebenaran memang menyakitkan
Di saat dunia sedang jahat dan berpura-pura
Teruskan perjuanganmu menabur ilmu
Disaat terasa lemah, ingatlah
Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar!

(kredit to Hilal Asyraf, Azlan Shah, dkk)

3 feedback:

+akufobia+ said...

erkk.belanja ana credit gek.aa.sakit kena panah.

Asma' Amatullah Bt Hasanuddin said...

salam.mantap. hebat sajak ini. mohon copy paste boleh ke?

.:sin_bad:. said...

akufobia: err, kredit pre-paid ke? ana pun kanker (kantong kering), huhu~

asma: silakan la amik, kalo bleh gubah lg bgs sbb rasanya ada kesalahan tatabahasa nih...