Tuesday, December 09, 2008

Kuatkah Anda?

(story by: Aez)

Ketika waktu pelajaran “Chemistry” di kelas, banyak yg diantaranya yg secara genetiknya bijak-bijak belaka. Namun dicelah-celah insan tersebut, terselit seorang rakan yg ‘bodoh’ secara kasarnya. Setiap kali guru atau rakan-rakan cuba menerangkan, akan ditanya kembali oleh ‘si pelajar’ “Kenapa mesti macam tu? Kalau camni tak boleh ke?” Apakah sikap kita? Selalunya kita akan bermonolog, “Eh mamat ni dah la bodoh, suka hati dia je buat cara sendiri, salah plak tu!” Dari tingkatan 4 sampai tingkatan 5, nilai ujiannya tak pernah lulus. Paling-paling dapat “bonus mark” pun tetap dibawah 40 markah. Paling tinggi nilai ujian chemistry yg pernah dia dapat pun 39. Ibu dan bapanya pula sentiasa memberikan galakan dari belakang.
Sampai la keputusan SPM diumumkan, insan-insan yg lain hampir semua dapat nilai “A” dalam chemistry. Alhamdulillah, keputasan aku sangat baik. Tiba gilirannya, cuba teka apa yg terjadi?? Ya, dengan memang disangka-sangka dia gagal dalam
“chemistry”. Keajaban tak berlaku disini. Tiba di zaman perkuliahan, ramai student yg hebat-hebat mengambil bidang farmasi mulai ‘gugur’ dan terpaksa tukar course lain. Bukan kerana penyakit bodoh, tapi lebih teruk dari bodoh yg digelar ‘MALAS’.
Tup-tap! Masa 15 tahun berlalu, aku terserempak dengan budak ni ketika
‘shopping’ kat Jusco Tmn U. Ya, aku masih kenal wajahnya sebab bagi aku sifat dia ni ganjil sikit, Aku tanye dia buat apa skarang? Dia kata kerja kat ‘Guardian Pharmacy’. Aku pun rasa nak tergelak, tapi aku tak pendamkan. Gelak jugak dalam hati. Mana tak nya, dari dulu budak ni bercita-cita nak jadi ‘pharmacist’, tapi sampai SPM pun ‘chemistry’ tak lulus. Pastu aku tanye dia, “ko tak kerja ke hari ni?”. Dia kata ‘shift’ petang’. Syaitan lalu memancing aku supaya mengucapkan, “hek eleh, alasan! Cakap jela ko keje mop lantai, kan senang! Nak menipu plak!”. Lalu aku pun beredar kerana muak mendengar cita-cita tak kesampaian rakan aku yg sorang ni.
Nak dijadikan cerita, esoknya aku pergi la
‘Guardian Pharmacy’ kerana diburu sifat ‘curious’ dan ‘buruk sangka’ yg membuak-buak. Eh, rupa-rupanya dia tak bohong. Yela, masa kat sekolah dulu pun dia jarang menipu. Kalo tak, dah lama dia lulus ‘chemistry’. Belum sempat aku bagi salam, dia dah tegur aku dulu. Jadi, aku berbual-bual la dengan dia sambil membelek-belek barang (taktik tak nak beli..)
So, aku tanya macam mana dia belajar padahal ‘bengap kamain’ dulu. Dia cakap, dia
‘re-seat’ exam kat sekolah lain utk mengelakkan semangatnya jatuh gara-gara diketawakan rakan-rakan (aku rase macam aku je tu). dan tak luput berdoa kepada Allah semoga dia berjaya suatu hari nanti. Selepas itu, Alhamdulillah rezeki pelajarannya bertambah sedikit-demi sedikit. Kemudian aku tanya dia kerja dibahagian mana? Belum sempat dia jawab, entah ada sorang kawan sekerja dia tanya “Bos, ubat jenis expectorant dan decongestant ni nak letak kat bahagian mana?”. Dengan selamba badak dia cakap (macam bagi arahan je..), “letak kat bahagian rak kanan depan, tingkat 2, sebelah ‘Appleton’, haa, kat situ”. Lalu dia tanya balik, “eh sori ziz, apa yg kau tanya tadi?” Peh, terbakar telinga aku mendengarkan nada soalan dia, padahal dia memang bernada sedemikian. Tapi, untuk pertama kalinya aku cuba bersangka baik. Mungkin dia betul-betul lebih terfokus pada pertanyaan pekerjanya tadi memandangkan pekerja tadi bertanya dengan separuh menjerit. Aku terbungkam disitu. Hai, aziz… aziz…
Pastu aku terus minta izin keluar atas alasan ada hal lain yg nak diurus. Masa tu juga aku ‘terduduk’ di kerusi panjang diluar ‘Guardian Pharmacy’ sambil menghadap farmasi tersebut. Aku beristighfar sebanyak mungkin sambil mengurut mukaku yg merah dan panas . Entah kenapa panas? mungkin kerana malu dengan sikapnya? mungkin malu dangan sikapku yg salah selama ini? merasa diri ini lebih hebat darinya lain hanya kerana kejayaan masa lalu dan melecehkan cita-cita orang lain atau mungkin berasa cemburu dengan pencapaiannya? atau paling tak mungkin, aku alergi dengan penghawa dingin…
Cuba kita fikirkan, berapa kali kita sering memandang rendah kepada rakan-rakan yg kemampuannya terbatas dan tidak setaraf dengan kemampuan kita padahal semuanya itu nikmat Tuhan yg dipinjamkan kepada kita dan bila-bila masa akan dicabut. Bayangkan jika rakan aku yg bengap tadi terus
‘give-up’? Peh, bodoh sepanjang masa tu… Paling sadis, alangkah sampahnya aku yg meremehkan cita-cita orang lain hanya kerana SPM power.

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Allah) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

Orang yang kuat itu bukanlah orang yang tak pernah kalah, tapi orang yang tak pernah berhenti menyerah kalah dan terus bangkit dari tempat kejatuhannya demi mengejar cita-citanya... So, what's mine?? When we will rising our ummah from this darkness?? The poison is injected, the lion is asleep...

5 comments:

kalam hati said...

wah..nice cerita.suke2.teruskan mengupdate.huhuhuhu.jgn malu,jgn segan.heh.

Anonymous said...

eh..cerita suka-suka ke cerita betul..never mind..

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

salam..
sgt telus nta dgn pembaca nta yer..
hmmm tp ana sgt suke..
biasenye org akn 2ka jalan crite jd len ck8 so dat xkelihatan sgt kelemahan diri..

tp inilah realiti insan..
xterlepas dari merendah2kan org ln..
perlukan lbh muhasabah n penghayatan ttg kehidupan mgkn..
hmmm..
troskan berkarya ye..

-syaimaa'-

[ AlexumaR ] said...

salam
wah . cepat sungguh menilai orang . jgn biasakan dengan "biasanya"

semua orang biasa .

tapi bukan semua orang sama .

saya suka blog ini .
ekspresi . dan penuh keyakinan .

jgn takut .

.:sin_bad:. said...

Syukran Jazilan atas komentar anda,
mgkn lepas ni saya dpt memperbaiki kelemahan yg ada...