Saturday, January 19, 2013

Flowers are ALWAYS red!

Salam 'Alaykum,

Baru-baru ni riuh dengan isu seorang mahasiswa bernama Bawani dengan presiden SW1M, Sharifah Zohra dalam sebuah program di UUM. Sebenarnya bagi saya tak patut jadi isu pun.

InshaAllah tujuan saya menulis ni bukan untuk mencemuh mana-mana pihak ataupun mengulas lebih lanjut sebab saya tidak berada di sana. Cuma saya nak ajak para pembaca menghayati sebuah lirik lagu kanak-kanak di bawah ni:



(

Ada beberapa poin yang saya rasa harus di-hightlight-kan:

1) Perkembangan Minda vs Kejumudan Pemikiran:

Tahap perkembangan minda kanak-kanak bercambah lebih cepat berbanding orang dewasa kerana neuron masih banyak dihasilkan. Setelah usia kira-kira 20 tahun, neuron sudah tidak dihasilkan lagi. Justeru yang menentukan jumud atau kritisnya minda orang dewasa tergantung pada jumlah ganglion yang ada untuk menghubungkan neuron-neuron yang masih tersisa.

Inilah sebabnya kreativiti anak-anak sangat hebat dibanding dengan orang dewasa. Dan sekiranya pada tahap perkembangan anak ini fikirannya dihambat, tak mustahil anak tersebut akan membesar dengan fikiran yang jumud juga.

2) Reasoning vs Authority

Cuba ingat kembali ketika zaman kanak-kanak dulu, pernah tak persoalan kita "kenapa mesti begini? kenapa tak boleh begitu?" terjawab? Jika "ya" dan terjawab dengan penjelasan yang mantap, bererti anda dididik oleh guru yang hebat. Tahniah! Tapi sekiranya dijawab dengan mitos/tahyul untuk tujuan menghalang, bererti nasib anda kurang beruntung. haha!

Atau bahkan lebih buruk, anda dipaksa mesti menerima tanpa bantahan/ alasan jika berhadapan dengan orang dewasa. Kononnya "you hear and you obey". Alasan yang ada hanya "sebab aku lebih dulu makan garam daripada kamu"

3) Pedagogy vs Androgogy

Kalau waktu kecil dulu, kita selalu "listen, listen, listen" dan jarang membantah sebab kita tak tahu dan bod-do. Tapi setelah berganjak dewasa, kita punya pemikiran sendiri, punya pendapat peribadi. Kita tak ikut meng-khinzir-buta (melulu) lagi.

Justeru, kita diajar dengan cara pembelajaran orang dewasa yaitu mewujudkan diskusi dua arah. Adapun kesilapan daripada si pelajar nanti adalah wajar dengan statusnya "pelajar". Disitulah terletaknya seni sang guru bagaimana menyampaikan secara berhikmah.

Kesimpulan:

Kita semua adalah pendidik, tanggungjawab itu bukan hanya beban guru. Kita yang mencorakkan generasi akan datang dengan menjadi role model yang baik. Guru yang hebat bukan saja mengajar anak didiknya menjadi pandai, tapi mendidik mereka bagaimana menjadi seorang pemimpin kelak.


p/s: minta maaf sekiranya bahasa yang digunakan agak aneh.. hehe

1 comment:

Mind Freak said...

Let me speak. 1 + 1 = 3.