Thursday, January 22, 2009

Bila Cinta Sudah Tiada~

Apabila anda sudah tidak mencintai pekerjaan anda,
maka cintailah rakan-rakan anda yang bekerja disana,
Dan bila anda sudah tak bisa mencintai rakan-rakan yang bekerja disana,
maka cintailah suasana tempat anda bekerja,

Jika anda sudahpun tidak mencintai suasananya,
maka cintailah setiap pengalaman perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja,
Dan jika anda tidak menemukan kegembiraan disana,
maka cintailah apa yang bisa anda cintai disitu, awan, angsa, apa saja...

Namun, jika sudah tiada lagi kesenangan yang anda temukan disana,
maka mengapakah anda masih lagi disana???
tiada alasan lagi bagi anda untuk tetap bisa bertahan disana...
Menyingkirlah dari situ dan carilah apa yang anda cintai...


p/s : Saje tulis~ T_T

Thursday, January 15, 2009

Palestin dan Peranan kita...

Assalamualaikum...

27/12/2008, Israel secara rasminya menyatakan akan menyerang Gaza pada keesokan harinya. Tetapi sebaliknya serangan besar-besaran terhadap penduduk Gaza dilakukan pada hari tersebut. Semakin ramai penduduk Palestin yg tidak berdosa menjadi korban ‘genocide’ Zionis kejam laknatullah. Pada hari ke-20, lebih 1000 penduduk terkorban dalam serangan tersebut. What the ‘F’?! This is the real genocide, man! Setelah lebih 6 bulan dikenakan sekatan berbentuk kemanusiaan dan embargo, barulah mereka berani menyerang secara darat.

Jika Israel mengumumkan serangan ke atas penduduk Gaza adalah serang balas atas roket HAMAS yang dilancarkan ke atas penduduk Israel, memang patut pun! Pemimpin manakah yang tak menentang ketika rakyatnya ditindas, kelaparan hinggakan terpaksa makan rumput?! Itupun hanya 1 dari 500 roket ‘handmade’ yang dilancarkan Qassam menyebabkan kematian, sedangkan berapa banyak peluru berpandu, bom, dan senjata buatan kilang Israel yang telah meragut jiwa penduduk Palestin tanpa mengira siapa. Dan sekarang, mereka masih terus mereka senjata yang lebih efektif untuk membunuh sedangkan kita masih leka…


Kemungkinan besar kita tahu perkara ini dan bagi sesetengah masyarakat, mereka sudah bosan mendengar cerita Palestin yg tiada berkesudahan mungkin mengabaikan berita tersebut. Ini bukan lagi masalah Zionis Israel dan Palestin, tapi masalah ummat manusia. Dalam akhbar menyatakan Amerika Syarikat menyokong penuh tindakan anak emasnya; Israel dalam pendiriannya menyerang Gaza, tapi kita semua lupa sebenarnya Rumah Putih kini didominasi oleh yahudi Zionis. Sewaktu ketika dahulu presiden AS; Richard Nixon berasa rimas dengan jumlah yahudi yang menduduki rumah putih, seterusnya beliau membantu puak yahudi bagi membentuk Negara Israel, dan akhirnya meletakkan jawatan. Bukan masalah Amerika memilih Israel sebagai ‘anak emas’ tetapi sebaliknya Israel telah memilih Amerika sebagai ‘boneka’nya dalam langkah menguasai dunia. Hakikatnya, Bush hanyalah sebuah bidak catur yang bisa dikorbankan demi melindungi 'orang atasannya'.


Sehingga kini, banyak pertubuhan telah bertindak utk membantu rakyat Palestin dari pertubuhan NGO mahupun badan pemerintah. Tetapi hampir semuanya tidak memberikan kesan kepada Zionist Israel. Mengapa tidak berkesan? Kerana mereka sedang menguasai ‘media massa’; yg merupakan medium menyebarkan propaganda utk menjayakan ‘Protocol of the elders Zion’. Ironinya, Negara-negara Asia tengah (Arab) hanya berdiam diri dan ada yang masih mengadakan hubungan ‘diplomatik’ dengan Negara haram tersebut (selagi bom tidak jatuh, tank-tank Israel tidak berkeliaran diluar rumah mereka, selagi itulah mereka merasa aman). Negara-negara ‘Islam’ yg lain hanya berpeluk tubuh dan mampu mengutuk dari jauh. Peliknya, tentera-tentera Zionism mengebom gereja kristian dan menghalang paderi kristian di Palestin menyambut ‘pre-christmas’, masyarakat kristian masih membela Zionist Israel. Mengapa? Adakah agama mereka hanya pada nama? Atau pada batin mereka sebenarnya adalah Atheis?


(Will there be peace... Again?)

Sebaliknya lihatlah badan NGO dari Negara-negara lain, mengadakan boikot terhadap setiap produk yg mendanai Israel (McD, Starbucks, Coca-cola, dsb). Sophie Hurndall sister of British fotografer Tom Hurndall, Foto reporter lebih dari 30 pidato ‘Free Palestine’ yg telah mati ditembak ‘headshot’ oleh tentera Zionis ketika beliau sedang menyelamatkan kanak-kanak Palestin. Malah rabbi-rabbi Yahudi juga membantah wujudnya Negara Israel setelah hilangnya ‘peti Tabut’ (tanda kerajaan mereka). Mereka membawa sepanduk menentang keganasan Zionis, (menunjukkan mereka sedia utk hidup berdampingan dengan rakyat Palestin seperti dulu). (cuba bersangka baik…)
. Venezuela dan Bolivia telah mengusir Duta Israel dari negara mereka dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

Namun, apakah pula peranan kita dalam masalah ini? Saya bersetuju sekurang-kurangnya kita mendoakan keselamatan dan kejayaan mereka. Tetapi mahukah kita sesuatu yg ‘kurang’ sedangkan kita mampu memberikan lebih? Cukupkah doa tanpa usaha? Cukupkah sekadar berdemo dan mengecam tindakan mereka? Memboikot barangan yang mendukung Israel masih belum memadai, lihatlah berapa orang sajakah yang bersungguh-sungguh utk tidak membeli produk berkenaan? Walaupun ada beberapa produk yang masih belum mampu dibuat oleh negara kita; seperti micro-processor dan IBM masih dikecualikan. Sedangkan banyak lagi produk makanan lain yang dihasilkan dari dalam dan luar negera yang tidak mendanai Israel yang rasanya tidak jauh beza dgn Nestle. Mengapa tidak kita membantu meningkatkan ekonomi mereka pula daripada bembantu syarikat Nestle yg memang telah kaya?

Pemboikotan harus dikerjakan seiringan dengan mengumpulkan dana utk rakyat Palestin. Kita cuma berusaha dan bertawakal, jika dana tersebut diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu, mereka PASTI akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Inilah inisiatif dari kita. Bahkan ketika ditanya bantuan apakah yg mereka (Palestin) perlukan? Mereka menjawab, “Pulanglah ke tanah airmu dan didiklah anak-anakmu bersungguh-sungguh supaya apabila kami sudah tiada lagi, mereka dapat meneruskan perjuangan kami…”


only war will stop a war!!!

Tidak terketukkah pintu hati kita sewaktu ini? Mereka sedia mati syahid demi mempertahankan tanah air mereka meskipun dianggap ‘terrorist’ oleh masyarakat luar; ketika propaganda Zionis berjaya mengelabui mata dunia. Apakah seseorang itu digelar pengganas jika dia mempertahankan Negara mereka dari tangan penjajah? ‘Am I a terrorist in my own land?’ Jika kita tidak memaksimumkan fikiran, tenaga dan masa kita utk merancang masa depan Palestin mulai sekarang, ketahuilah Al Aqsa akan ranap ditangan mereka…


Wassalam...

Wednesday, January 07, 2009

Zionist Israel...


Bismillah...

Dalam pada kita peduli nasib saudara-saudara se-aqidah kita yang gigih berjuang demi membebaskan tanah air ‘Ummat Islam’ (which means us, included), kita terlupa satu kunci yang tak kalah pentingnya untuk mengalahkan musuh yaitu ‘mengenal musuh’. Kerana sewaktu mereka gagal menjatuhkan kita melalui peperangan, mereka mengkaji Islam dan mencari titik kelemahan kita, dan seterusnya mengelirukan kita dengan ajaran Islam itu sendiri. Padahal jika kita menghayati Islam, kita akan dapati tiada sebarang kekeliruan dalam masalah ‘Aqidah. Ariel Sharon; perdana menteri Israel, hafal Al-Quran tapi tujuannya bukan utk mencari kebenaran melainkan memutar belit ayat-ayat Allah demi kepentingan tertentu. Lihatlah sekarang, malaikat Izra’il sedang mepermainkan nyawanya.

Mereka tahu kita tidak dapat dikalahkan sehingga ‘pegangan’ kita goyah, lalu mereka suntik jarum-jarum halus berupa pemikiran dan ‘Ideologi’ kepada pelajar-pelajar Islam kita di Negara mereka… (sbb tu kalo nak bjala sesuatu Ilmu, blaja dari sumbernya yg dpt dipercayai). Jika tidak, secara tidak disedari kita sendiri akan mengikuti jejak langkahnya sehingga masuk ke dalam ‘lubang biawak’ mungkin juga ke ‘tebing neraka’. Maka sekarang muncullah golongan ‘islam liberal, sekularisme, kapitalis’ dan bermacam-macam lagi renovasi terhadap ayat-ayat Allah yang dibuat dengan dakwaan kononnya hukum Islam sudah tidak releven untuk digunakan pada zaman sekarang. (Tertipu!)

Memang sejak dari dahulu lagi, sifat-sifat mereka (yahudi) adalah menipu, licik, pengecut, pentingkan diri, khianat, memungkiri janji. Mereka dengan angkuh mengatakan bahawa mereka adalah kaum pilihan Allah, lihatlah di dalam Al Quran ada banyak kisah yg menceritaka tentang mereka, tapi mereka lupa bahawa yg dikisahkan dalam Al Quran adalah mereka dilaknat Allah kerana setelah mereka membunuh para nabi dari golongan mereka sendiri, mereka mengingkari ayat-ayat Allah. Mereka menganggap manusia yg dilahirkan selain dari kaum yahudi adalah ‘gentiles/ghoyim’; manusia kelas ke-2 yg diciptakan Tuhan utk mengabdikan diri kepada yahudi. Tapi hakikatnya para Zionist dan pendukung Zionism sekarang adalah Atheist (not believe in God).

Tidak terfikirkah kita, jika mereka bangkit (menggunakan penipuan dsb) setelah beratus-ratus tahun sabar menunggu saat ini (utk menguasai dunia), mengapakah kita tidak bersabar atas ujian yg Allah turunkan? Jika mereka menggunakan jarum-jarum halus (berupa media massa) utk menghalalkan segala tindakan mereka, mengapa tidak kita membalasnya secara halus?

Wallahu A’lam…

Monday, December 29, 2008

Pre-memory...

Bismillahirrahmanirrahim...

"Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri"

Hmm... Sedar ataupun tidak, masa telah lama meninggalkan kita. Tak kira samada kita memanfaatkan ataupun tidak, waktu terus berlalu dan takkan kembali lagi. Setahun sudah berlalu, pasti ada perubahan yang berlaku... Teringat pula ketika kali pertama aku menjejakkan kaki ke Bumi Minang bersama student-student lain yang belum dikenali. Dan kami mengejar misi yang sama walaupun hakikatnya masing-masing mempunyai visi yang berbeza. Walaupun aku sedar, sebenarnya aku tidak layak berada di sini tetapi aku pasti ada sebab kenapa aku masih lagi disini...

Aku masih ingat lagi bagaimana aku di'cop' sebagai 'pelik' oleh sebahagian lapisan masyarakat (sampai sekarang). Ah, tak kisahlah.Sekurang-kurangnya aku lain daripada yang lain dari satu sisi lain (bukan istimewa, tapi pelik). Aku tak pasti apa yg pelik pada diri aku ni. (kena muhasabah balik ni...)

ruang tamu mini tempat yg kami slalu b'kumpul

Ada satu malam tu ketika kami menonton tv, kumar (kawan serumah) bertanyakan soalan cepu emas kepada aku. "Aziz, saya nak tanya awak sikit boleh tak?". Aku hanya mengangguk kecil kerana mataku masih terpaku pada kaca tv; cuba memahami lawak 'Extravaganza'. "Kenapa awak tak banyak bercakap dengan perempuan?
Awak allergy perempuan ya?" (soalan yang disertakan dengan andaian). "Huh?!" Soalan tersebut sedikit sebanyak mengganggu tumpuan aku terhadap rancangan 'Extravaganza' di tv. Namun aku tidak begitu hairan ketika dia menanyakan soalan sebegitu, kerana hakikatnya aku memang kurang bercakap dengan perempuan (pada waktu itu).

"Takde lah, kumar... Saya tak ada apa yang nak dicakapkan, kalau ada yang saya nak cakap, saya cakaplah..." Aku masih melarikan mata ke kaca tv, cuba berpura-pura tidak terganggu dengan soalan tersebut. "Awak ni pelik lah, Aziz!"
Hmm... mungkin ada benarnya juga kata Kumar sebab aku jarang nak approach orang lain, hanya menunggu orang lain mula perkenalkan diri barulah aku menyusul. Tapi sampai bila? Boleh ke cara ini membentuk karekter aku yg berani? Apatah lagi depan khalayak ramai (agoraphobia). Walau bagaimanapun Kumar bukanlah orang pertama yang menggelar aku 'pelik'...

Ada ketika kami ke Bungus, piknik mandi laut dan air terjun untuk merapatkan hubungan antara batch kami. Sedang aku berehat dibawah pohon, datang seorang 'kawan' yang kenal aku hanya pada nama. Dia bermain dengan riang tanpa menyedari aku ada dibawah pohon tu. (kadang-kadang rasa best juga bila jadi stealth ni). Bila dia baru sedar aku ada kat situ, dia agak terkejut lantas berkata "Eh, engkau rupanya... budak pelik... aku ingatkan siapa..." "Ceh, kau tak pernah cakap dengan aku tetiba panggil aku pelik?" gumamku dalam hati. Mungkin dia terlepas cakap, terlajak perahu boleh diundur, tapi kalau terlajak kata? mujurlah aku makhluk, boleh ditafsir ikut suka hati kau...


Bak kata amir, first impression tu penting. Yup, penting utk kita mengingat semula saat pertama kali kita mengenal seseorang. Tapi bukan utk melabel/meng-kategori-kan seseorang itu sebagai "begitu dan begini". Masih terlalu awal utk menilai. Kenali dari hati budi, bukan dari luaran. Seseorang takkan pernah cuba untuk memahami sifat sebenar orang lain jika menganggap sikap orang lain itu statik/sama selamanya. Tapi, sayangnya zaman dah berubah dunia dah maju, amir nak jaga badan.


"bila berjalan mestilah melangkah kehadapan, bukannya ke belakang. kita hanya akan memandang ke belakang sebentar hanya utk melihat sejauh mana kita telah pergi"

Wednesday, December 24, 2008

Peluang Kedua…


Bismillah...

Hari ini, aku baru tersedar apa itu yg dinamakan nikmat Iman dan nikmat Islam. Bermula dengan kisah ‘Internet Membunuhku’. Seperti biasa aku buka Internet, masuk ke dalam mana-mana forum yg membahas tentang agama Islam dan agama lain. Tiba pada suatu saat itu, dakyah-dakyah mereka ‘berjaya’ membisikkan keraguan kedalam hati ku. Lalu sejak kejadian itu, setiap kali dalam solatku aku memikirkan tentang perkara itu. Aku mulai berasa was-was dengan keyakinanku, aqidahku goyah. Aku cuba berusaha mencari jawapan. Aku tahu kata-kata falsafah manusia, pasti ada celanya! Sedangkan Kalamullah (Al Quran) adalah ayat-ayat suci Allah yang sempurna diturunkan untuk membimbing manusia ke jalan yg lurus bagi orang-orang yang mahu berfikir. Tak mungkin ada pertentangan! Tapi bagaimana puak-puak kuffar ini berjaya menimbulkan keraguan pada hatiku terhadap ayat-ayat Allah? Bukan aku tak mahu menerima kenyataan, bahkan aku sedang mencari kebenaran disebalik kenyataan manusia tersebut. Aku sedar aku hanyalah manusia biasa, tidak maksum, iman yang turun-naik tidak menentu. Pasti adakalanya manusia itu jatuh tersungkur, terlupa, tersilap dan tersalah langkah.
Pada hari Ahad itu, setelah 2 hari sejak peristiwa pemikiran aku di-hijack tersebut, sebuah kemalangan menimpa diriku. Setelah pulang dari ujian Karate, kami berehat di sebuah pantai dengan fikiranku masih berkecamuk. Aku tertanya-tanya, mengapa sehingga sekarang aku belum menemui jawapannya. Aku tahu, pasti suatu hari nanti aku akan dapat jawapannya (it’s just a matter of time). Tetapi, bila? Bilakah Allah akan berikan hidayahnya kepadaku? Aku sangat tak tahan dihadapkan dengan dilemma sebegini, terasa kosong! Begitulah aku ber-monolog dalaman ketika sedang mandi laut, walaupun pada raut wajahku kelihatan seperti biasa. Akhirnya pada petang tersebut setelah pulang dari Pantai Air Manis (jgn tertipu oleh nama), secara tidak disangka-sangka kami mendapat kemalangan jalanraya ketika melalui selekoh tajam (walaupun ketika itu motor yang kami naiki bergerak dengan perlahan dan tiada kenderaan lain terlibat). Aku terhumban kedalam longkang, manakala kaki rakanku dihempap motor tersebut. Pada ketika itulah, mindaku terbuka untuk melihat segala-galanya. Aku bersyukur kerana sewaktu itu, aku memakai topi keledar. Namun bukan itu yang menjamin keselamatanku sewaktu itu melainkan Allah. Ia hanya sebab kepada akibat.
Walaupun aku dalam keadaan terkejut, aku tahu Allah sengaja memberi aku kesempatan untuk melihat kembali segala kesalahan yang telah aku lakukan. Itulah sebab mengapa hidayah Allah masih tidak sampai kepadaku, berpunca dari kesalahanku. Bayangkan sekiranya aku meninggal dalam kemalangan tersebut, apakah aku masih dikira beriman? Apakah aku mati sebagai seorang muslim? Aku yakin hanya Allah yang akan tahu. Mumpung Allah masih memberi aku kesempatan untuk bertaubat. Aku jadi sangat takut. Bukan kerana aku belum mendapat Ijazah, tetapi alangkah celakanya jika aku tidak sempat memperbaharui syahadahku. Bagiku, apalah gunanya amalan baik berbukit-bukit kalau tanpa disertai dengan beriman kepada Allah. Mati dalam keadaan hina, bukan kerana mati dalam kemalangan adalah hina, tapi kerana mati dalam keadaan tidak sempat membuktikan syahadah. Tiada beza dengan mati dalam agama lain. A’uzubillahi min dzalik…

Thursday, December 18, 2008

Exam Fever...


Salam...

Alhamdulillah,

Selesai gak exam blok ni. Walaupun result lama lagi nak kuar (wallahu a’lam… tawakkal jela), tapi sekurang-kurangnya rasa beban exam ringan sket (kurang sket tension). One exam down, one exam to go… Sanchindachi, Matte! Ada satu kisah yg best utk dikongsi… Seperti biasa, waktu musim exam menjelang sumer student sibuk cari bahan kuliah, cari nota kuliah dan pokoknya semua yg ada kaitan dgn exam. Sistem pendidikan kami dipanggil Sistem Kredit Semester atau dipendekkan jadi ‘SKS’, tapi di-mindset-kan oleh pelajar menjadi Sistem Kebut Semalaman. So, setiap kali nak exam je hampir semua student kelam-kabut belajar last minute. Akibatnya (setiap sebab akan berakibat), aku mula tension. Huhu~ mungkin kadar mineralokortikoid bertambah, jadi aras natrium meningkat seterusnya tekanan darah meninggi lalu.. STRESS!!!

Bila dah stress sket mulalah muncul ciri-ciri schizophrenic, berperangai sedikit aneh dan seterusnya menjurus kepada tindakan kurang rasional. Apatah lagi bila tinggal 86400 saat = 24 jam je lagi nak exam!!! Argh!! Nak main ‘game’ jap, hilangkan tension. Minum minuman ber-caffeine sket, hilang ngantuk... (opps!). Ingat! saat terus berlalu! Tinggal 64800 minit lagi tersisa. Takder masa utk makan lunch dan dinner, skip je bleh ganti esok! sakit perut... Mana taknya, kalau tak makan camne nak supply otak dgn nutrient yg cukup? Nak bagi makan apa, angin? Nah, Alzheimer! Argh! Pening kepala, apasal semua yg dibaca takde satu pun yg melekat kat otak (beza pill, capsule dan tablet)? Tidak mengapa, ada panadol. Makan satu tablet, tak berkesan makan dua tablet. huh? Ngantuk plak, tido jap ar. Jap lagi bangun kol 4, sambung blaja balik. Ma, kejut aku bangun awal. Lalu, ZzZzZz…

(Yawn) Astaghfirullah! Aku ter-skip subuh? Dah pkol 7 pagi. Celakalah aku (effektifnya Panadol)! Nota slide pun banyak yg tak abis baca lagi… Apa lagi yang aku terdaya untuk lakukan? Yup, aku hanya mampu tawakkal… Masuk ke Dewan exam terlambat ntah berapa minit… Jawab seberapa yang termampu… Tak nak sakit fizikal, mental dan spiritual lagi~ No more like this, I pledge!

*kisah benar dgn cara yg tidak benar…


Tuesday, December 09, 2008

Kuatkah Anda?

(story by: Aez)

Ketika waktu pelajaran “Chemistry” di kelas, banyak yg diantaranya yg secara genetiknya bijak-bijak belaka. Namun dicelah-celah insan tersebut, terselit seorang rakan yg ‘bodoh’ secara kasarnya. Setiap kali guru atau rakan-rakan cuba menerangkan, akan ditanya kembali oleh ‘si pelajar’ “Kenapa mesti macam tu? Kalau camni tak boleh ke?” Apakah sikap kita? Selalunya kita akan bermonolog, “Eh mamat ni dah la bodoh, suka hati dia je buat cara sendiri, salah plak tu!” Dari tingkatan 4 sampai tingkatan 5, nilai ujiannya tak pernah lulus. Paling-paling dapat “bonus mark” pun tetap dibawah 40 markah. Paling tinggi nilai ujian chemistry yg pernah dia dapat pun 39. Ibu dan bapanya pula sentiasa memberikan galakan dari belakang.
Sampai la keputusan SPM diumumkan, insan-insan yg lain hampir semua dapat nilai “A” dalam chemistry. Alhamdulillah, keputasan aku sangat baik. Tiba gilirannya, cuba teka apa yg terjadi?? Ya, dengan memang disangka-sangka dia gagal dalam
“chemistry”. Keajaban tak berlaku disini. Tiba di zaman perkuliahan, ramai student yg hebat-hebat mengambil bidang farmasi mulai ‘gugur’ dan terpaksa tukar course lain. Bukan kerana penyakit bodoh, tapi lebih teruk dari bodoh yg digelar ‘MALAS’.
Tup-tap! Masa 15 tahun berlalu, aku terserempak dengan budak ni ketika
‘shopping’ kat Jusco Tmn U. Ya, aku masih kenal wajahnya sebab bagi aku sifat dia ni ganjil sikit, Aku tanye dia buat apa skarang? Dia kata kerja kat ‘Guardian Pharmacy’. Aku pun rasa nak tergelak, tapi aku tak pendamkan. Gelak jugak dalam hati. Mana tak nya, dari dulu budak ni bercita-cita nak jadi ‘pharmacist’, tapi sampai SPM pun ‘chemistry’ tak lulus. Pastu aku tanye dia, “ko tak kerja ke hari ni?”. Dia kata ‘shift’ petang’. Syaitan lalu memancing aku supaya mengucapkan, “hek eleh, alasan! Cakap jela ko keje mop lantai, kan senang! Nak menipu plak!”. Lalu aku pun beredar kerana muak mendengar cita-cita tak kesampaian rakan aku yg sorang ni.
Nak dijadikan cerita, esoknya aku pergi la
‘Guardian Pharmacy’ kerana diburu sifat ‘curious’ dan ‘buruk sangka’ yg membuak-buak. Eh, rupa-rupanya dia tak bohong. Yela, masa kat sekolah dulu pun dia jarang menipu. Kalo tak, dah lama dia lulus ‘chemistry’. Belum sempat aku bagi salam, dia dah tegur aku dulu. Jadi, aku berbual-bual la dengan dia sambil membelek-belek barang (taktik tak nak beli..)
So, aku tanya macam mana dia belajar padahal ‘bengap kamain’ dulu. Dia cakap, dia
‘re-seat’ exam kat sekolah lain utk mengelakkan semangatnya jatuh gara-gara diketawakan rakan-rakan (aku rase macam aku je tu). dan tak luput berdoa kepada Allah semoga dia berjaya suatu hari nanti. Selepas itu, Alhamdulillah rezeki pelajarannya bertambah sedikit-demi sedikit. Kemudian aku tanya dia kerja dibahagian mana? Belum sempat dia jawab, entah ada sorang kawan sekerja dia tanya “Bos, ubat jenis expectorant dan decongestant ni nak letak kat bahagian mana?”. Dengan selamba badak dia cakap (macam bagi arahan je..), “letak kat bahagian rak kanan depan, tingkat 2, sebelah ‘Appleton’, haa, kat situ”. Lalu dia tanya balik, “eh sori ziz, apa yg kau tanya tadi?” Peh, terbakar telinga aku mendengarkan nada soalan dia, padahal dia memang bernada sedemikian. Tapi, untuk pertama kalinya aku cuba bersangka baik. Mungkin dia betul-betul lebih terfokus pada pertanyaan pekerjanya tadi memandangkan pekerja tadi bertanya dengan separuh menjerit. Aku terbungkam disitu. Hai, aziz… aziz…
Pastu aku terus minta izin keluar atas alasan ada hal lain yg nak diurus. Masa tu juga aku ‘terduduk’ di kerusi panjang diluar ‘Guardian Pharmacy’ sambil menghadap farmasi tersebut. Aku beristighfar sebanyak mungkin sambil mengurut mukaku yg merah dan panas . Entah kenapa panas? mungkin kerana malu dengan sikapnya? mungkin malu dangan sikapku yg salah selama ini? merasa diri ini lebih hebat darinya lain hanya kerana kejayaan masa lalu dan melecehkan cita-cita orang lain atau mungkin berasa cemburu dengan pencapaiannya? atau paling tak mungkin, aku alergi dengan penghawa dingin…
Cuba kita fikirkan, berapa kali kita sering memandang rendah kepada rakan-rakan yg kemampuannya terbatas dan tidak setaraf dengan kemampuan kita padahal semuanya itu nikmat Tuhan yg dipinjamkan kepada kita dan bila-bila masa akan dicabut. Bayangkan jika rakan aku yg bengap tadi terus
‘give-up’? Peh, bodoh sepanjang masa tu… Paling sadis, alangkah sampahnya aku yg meremehkan cita-cita orang lain hanya kerana SPM power.

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Allah) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

Orang yang kuat itu bukanlah orang yang tak pernah kalah, tapi orang yang tak pernah berhenti menyerah kalah dan terus bangkit dari tempat kejatuhannya demi mengejar cita-citanya... So, what's mine?? When we will rising our ummah from this darkness?? The poison is injected, the lion is asleep...

Saturday, December 06, 2008

Keinsafan Dari Kekhilafan


(nukilan oleh: Aez)

“Setiap langkah kakiku ku aturkan satu demi satu,

Semakin samar derapan tapak kaki kedengaran,

Semakin hilang aku ditelan kabut malam,

Keluar dari lorong hanyir kehidupan ku,

Tak mungkin lagi aku kan kembali kepada kegelapan semalam,

Yang telah meragut cahaya hatiku,

Dalam kesuraman ku cuba mencari kemana hilangnya ia,

Ku sedari pengampunan-Mu mangatasi kemurkaan-Mu,

Namun, masihkah tersisa sekelumit hidayah buat diriku,

Yang sering memungkiri taubatnya?

Alangkah celakanya daku jika diriku Kau biarkan,

Kan ku merintih dalam doaku setiap hari,

Moga dapat kulalui hari esok dalam keredhaan-Nya”